My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 October 2017

    3 Lagi Direman Kes Seleweng Dana KKLW RM1.5 Bilion



    Ketua Wira Parti Wa­risan Sabah (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman merupakan antara tiga lagi individu yang direman lim­a hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membangunkan Sabah. 

    Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan permohonan SPRM bagi menahan reman Mohd. Azis, 43, bermula semalam bagi membantu siasatan agensi itu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Pada prosiding yang berak­hir pada pukul 2 petang semalam, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip dan Pegawai Pendakwaan Mohd. Faliq Basiruddin manakala Mohd. Azis pula diwakili barisan peguam yang terdiri daripada Martin Tommy, Loretto Padua Jr, Norazmi Alimat, Jaikol Situn dan Cedric Choo.

    Terdahulu ahli politik berkenaan dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini pada pukul 12.25 tengah hari. Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar, 43 dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim, 44, turut ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes sama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 3 Lagi Direman Kes Seleweng Dana KKLW RM1.5 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top