My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 October 2017

    Harimau Malaya Terlalu Tenat



    Episod duka skuad bola sepak kebangsaan berterusan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan ranking baharu yang menyaksikan kedudukan Harimau Malaya menjunam empat anak tangga ke kedudukan 170 dunia semalam. 

    Pasukan bimbingan Nelo Vingada itu terpaksa berkongsi kedudukan tersebut bersama Kemboja selepas mengutip 110 mata. Kejatuhan itu ekoran kegagalan Malaysia mencatat sebarang kemenangan pada perlawanan persahabatan antarabangsa serta aksi kelayakan Piala Asia 2019 bulan lalu.

    Sejak sistem ranking diperkenalkan FIFA pada tahun 1993, kedudukan terburuk yang pernah diraih oleh skuad negara adalah di tangga ke-174 pada April dan Mei tahun lalu.

    Bekas jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor menjangka ranking baharu yang dikeluarkan oleh FIFA itu bakal memberi cabaran yang lebih besar kerana skuad negara mencatat prestasi tidak menentu kebelakangan ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Harimau Malaya Terlalu Tenat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top