My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 October 2017

    Pusat Jualan Terbaru Peugeot



    Nasim Sdn Bhd (Nasim), pengedar kenderaan Peugeot di negara ini membuka satu lagi cawangan pusat jualan dan servis terbaru di Taman Perindustrian Gala, di sini, dalam usaha membantu ke arah mencapai sasaran jualan lebih 4,000 unit pada tahun ini. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotive Group Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George berkata, pembukaan pusat jualan dan servis yang ke-30 itu adalah yang ketiga bagi tahun ini selepas Kuantan, Pahang dan Kuching, Sarawak.

    Katanya, pihaknya yakin melalui perluasan rangkaian pusat jualan selain pengenalan beberapa model Peugeot baru, mampu merealisasikan sasaran jualan yang ditetapkan.

    “Pusat jualan dan servis Peugeot Seremban ini adalah sebahagian aktiviti perluasan rangkaian di seluruh negara dan ia cawangan ketiga Nasim pada tahun ini selepas pembukaan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) di Kuantan dan Kuching,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Jualan dan Servis Peugeot Seremban, di sini, semalam.

    Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Menang Automobil Sdn Bhd Razak Montel. George berkata, pembukaan pusat 3S itu adalah salah satu daripada strategi perniagaan syarikat melalui pelaburan RM2 juta.

    “Pusat servis terbaru ini memiliki keluasan 10,000 kaki persegi dilengkapi ruang untuk pelanggan, butik Peugeot dan Internet tanpa wayar dengan kapasiti perkhidmatan kepada 24 kereta sehari,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pusat Jualan Terbaru Peugeot Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top