My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 13 October 2017

    Sememangnya Itulah Hajat Lim Kit Siang Dan DAP Sejak Dari Dahulu



    Sejak dari awal penubuhan DAP pada tahun 1966, antara hajat besar DAP yang masih gagal dilaksanakan adalah untuk menguasai tampuk pemerintahan negara. Hal ini, walaupun tidak pernah dinyatakan secara terang-terangan oleh mana-mana pemimpin DAP, namun dari gerak geri dan slogan parti berkenaan jelas menunjukkan kearah itu.

    Apa yang melucukan adalah, tanpa kepimpinan DAP sendiri menyedari, salah seorang ahli Melayu DAP, Datuk Zaid Ibrahim sendiri secara tidak sedar telah mendedahkan niat sebenar Lim Kit Siang yang mahu menguasai negara.

    Dalam satu kenyataan, Zaid memberitahu, Lim Kit Siang akan menjadi seorang Perdana Menteri yang jauh lebih baik berbanding mana-mana Perdana Menteri dari UMNO. Jika dinilai dari kenyataan ini, bukankah ia menunjukkan bahawa semua ahli DAP tahu dan sedang berusaha mengangkat Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri atau mungkin sahaja Presiden pertama Malaysia?

    Jika dahulu, mereka menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini, namun hari ini telah membuktikan bahawa, Lim Kit Siang dan DAP memang berhajat menguasai negara. Caranya mudah, mereka mempergunakan sesiapa sahaja yang sanggup untuk menjadi ejen mereka memecah belahkan undi dari kalangan kaum Melayu dan seterusnya mengambil peluang perpecahan berkenaan untuk meraih kuasa.

    Ketika mengulas akan hal ini, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Zaid atas pendedahannya itu dan sekaligus membuktikan bahawa telahan yang dibuat oleh ramai pihak selama ini, nyata berasas.

    Beliau berkata, pandangan diberikan Zaid itu seolah-olah mengesahkan bahawa memang Lim mengingini jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ianya sekaligus mengesahkan kenyataan beliau sebelum ini bahawa Lim Kit Siang sememangnya merupakan individu yang bakal diangkat oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri, bukannya Datuk Seri Anwar ataupun Tun Dr Mahathir.

    Mungkin ada yang akan memandang sinis tentang perkara ini namun harus diingat, sejak dari dahulu DAP dan Lim Kit Siang sememangnya menyasarkan untuk membentuk Malaysia menjadi sebuah negara Republik. Apa yang didedahkan oleh Zaid Ibrahim ini menyerlahkan bahawa impian Lim untuk memerintah Malaysia sebelum usianya sampai ke penghujung, bukanlah satu rahsia lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sememangnya Itulah Hajat Lim Kit Siang Dan DAP Sejak Dari Dahulu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top