My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 October 2017

    Aamir Khan Terbaik



    Selepas kejayaan PK, 3 Idiots dan Dangal, filem terbaru terbitan dan lakonan Aamir Khan, Secret Superstar terus membuktikan kehebatan dan keunggulan pelakon itu. 

    Selepas mencatat kutipan agak perlahan pada hari pertama tayangan, kini filem itu terus pantas menambah kutipan tiket. Promosi daripada mulut ke mulut oleh penonton paling berkesan dan berjaya mengajak lebih ramai orang ke panggung wayang. Dalam filem itu, Aamir memainkan peranan sebagai komposer bernama Shakti Kumaarr.

    Jalan cerita mengenai gadis Muslim bernama Insia yang bercita-cita mahu jadi penyanyi namun bapanya yang berfikiran konservatif tidak menyokong impian anak gadisnya itu. Lalu Shakti Kumaarr berusaha membantu Insia untuk menjadi seorang ‘superstar’.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aamir Khan Terbaik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top