My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 13 October 2017

    'Saya Bukan Bodoh'



    "Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik". Itu penjelasan aktres jelita Fathia Latiff berhubung kecaman yang diterimanya apabila dikatakan salah tafsir tajuk berita dari sebuah portal online. 

    Pelakon Ariana Rose itu berpendapat berita bertajuk "Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050" yang disiarkan pada Rabu itu sebagai tidak relevan kerana negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

    "Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?, buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut," tulisnya dengan memuat naik paparan skrin berita berkenaan.

    Fathia ketika dihubungi menjelaskan, tweet terbabit hanyalah sekadar pandangan peribadi selepas melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu. "Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.

    "Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.

    "Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik," katanya.

    Menurut Fathia, dia tidak pernah mempertikaian kenyataan dalam artikel terbabit, sebaliknya sekadar memberi kesedaran. "Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius.

    "Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai. Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita. Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif,"katanya. 

    Tambah Fathia, meskipun mendapat kecaman hebat ia sedikitpun melemahkan semangatnya. "Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini. Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat.

    "Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan,"katanya. Terdahulu raya-rata netizen menganggap pelakon berkenaan tidak faham maksud perkataan berkenaan, malah tidak membaca berita terbabit terlebih dahulu sebelum memberi pendapatnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Saya Bukan Bodoh' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top