My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 6 October 2017

    Janna Nafi Cium Fattah



    PELAKON Janna Nick menafikan bercium dengan pelakon Fattah Amin ketika menjayakan penggambaran drama adaptasi siri popular Korea, Coffee Prince seperti yang tular di media sosial. Video berdurasi 15 saat yang dirakam temannya itu memaparkan Janna dan Fattah seolah-oleh bercium sehingga menerima kecaman umum. 

    “Kalau ikutkan rakaman kamera, bibir saya dan Fattah tidak bersentuhan langsung. Bagaimanapun, apabila kawan saya merakamkan babak itu dari jauh menggunakan telefon bimbit, paparan gerakan tubuh antara kami membuatkan ramai menganggap kami benar-benar bercium.

    “Apabila kita berlakon sudah tentu tubuh juga akan bergerak mengikut emosi yang mahu dizahirkan. Mana ada orang berlakon diam dan kaku. Nanti dikata berlakon macam kayu pula,” katanya.

    Janna berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana mengikut jalan cerita, babak itu bukan dilakukan dalam situasi dia dan Fattah beraksi ghairah. “Karya asal drama ini memang tidak mengikut adat dan pegangan kita. Apatah lagi kalau kita lihat drama ini menggambarkan lelaki menyukai lelaki. Itu saja sudah salah.

    “Dalam hal ini saya menyerahkan sepenuhnya kepada penyunting dan pengarah,” katanya. Janna juga percaya drama bersiri lakonannya mengambil kira sensitiviti masyarakat agar sesuai untuk tontonan umum.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Janna Nafi Cium Fattah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top