My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 9 October 2017

    Sudah Terlalu Banyak Perlanggaran Hak Rakyat Dilakukan Oleh DAP




    Di kalangan para penyokong Pakatan Harapan, DAP adalah sebuah parti yang cukup kuat dan dianggap sebagai lebih terbuka berbanding parti-parti lain di Malaysia. DAP dianggap sebagai lawan paling hebat buat UMNO dan Barisan Nasional dan lebih teruk lagi, ada yang mendakwa DAP jauh lebih dominan berbanding MCA di dalam Barisan Nasional.

    Anggapan ini bersandarkan kepada pemilikan kuasa penuh eksekutif DAP di Pulau Pinang selain daripada menjadi pengatur perjalanan politik dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor sehinga sewenang-wenangnya membenarkan penganjuran pesta arak di jalankan di negeri berkenaan.

    Namun, hakikat yang sering ramai terlepas pandang adalah, DAP sebenarnya telah banyak melanggar hak rakyat tanpa sedikitpun mereka ambil peduli. Malah, DAP sendiri kerap kali dengan sengaja melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan tindakan-tindakan biadab mereka yang seringkali mencetuskan ketegangan.

    Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana mereka sewenang-wenangnya melarang azan Subuh dan bacaan Al Quran dikumandangkan di masjid-masjid di Pulau Pinang sebelum arahan berkenaan di tarik balik. Tidak terhenti setakat itu, lebih 40 buah perkampungan asal milik majoritinya kaum Melayu dirobohkan tanpa ada sebarang pampasan yang setimpal diberikan.

    Tidak terhenti setakat itu, ramai dikalangan pemimpin DAP seolah-olah sengaja mahu mempertikaikan hak agama Islam di negara ini. Tanpa memperdulikan sensitiviti umat Islam, mereka kekal bertegas mahu menganjurkan pesta arak walaupun dibantah keras oleh majoriti umat Islam termasuk pemimpin MCA sendiri.

    Jika ada mendakwa MCA berada di bawah payung DAP, mereka sebenarnya silap. Sepanjang MCA menguasai beberapa buah Parlimen, MCA tidak pernah mengganggu sensitiviti umat Islam apatah lagi mencampuri adat istiadat mahupun kebudayaan sesuatu kaum. Malah, pemimpin MCA sendiri akan menghadiri majlis sambutan Hari Raya mahupun Deppavali apabila tiba waktunya.

    Para pemimpin MCA sendiri akan turut turun padang memperjuangkan hak rakyat dan tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan hasutan permusuhan antara kaum. Tambahan pula, sepanjang MCA berkuasa di beberapa Parlimen, belum pernah ada sebarang operasi merobohkan mana-mana kawasan perkampungan walaupun ianya didirikan diatas tapak tanah milik kerajaan.

    Apa yang diperjuangkan MCA adalah, menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira apa jua kaum, bangsa dan agama. Tugas MCA adalah membawa imej Barisan Nasional yang akan memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira apa jua jenis fahaman politik. Malah, sejak sekian lama, MCA sendiri mengamalkan sikap toleransi terbaik yang diwarisi sejak turun temurun.

    Hari ini, MCA masih kekal berdiri teguh dibawah pimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kekal dengan iltizam untuk membawa MCA sebagai sebuah parti komponen paling dominan dan paling bertoleransi di Malaysia. Adakah ianya ada dalam perjuangan DAP hari ini?

    Nampaknya, DAP hanya lebih memberi tumpuan kepada 1 kaum sahaja berbanding MCA yang lebih memberikan perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa mengira apa jua kaum dan agama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sudah Terlalu Banyak Perlanggaran Hak Rakyat Dilakukan Oleh DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top