My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 10 October 2017

    20 Lagi Ahli Geng Pak Su Dituduh



    Seramai 20 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang iaitu Geng Pak Su antara 1 Januari 2015 sehingga 13 September lalu. 

    Kesemua tertuduh itu ialah Fairus Hafiz Mohd. Yusoff, 24; M. Murugan, 36; Rosli Ariffin, 40; Sariman Idris, 42; Mohd. Norhizam Zamzuri, 29; Faizol Sobri, 29; Amirul Ashraf Hussain, 20; Muhamad Ashraf Aziz, 23; Faizal Azlyshah Romli, 33, dan Aziz Othman, 56.

    Sepuluh lagi tertuduh ialah Muhamad Asrun Amir Hussain, 23; Muhammad Luqman Hakim Zainal, 18; Nur Arif Norzaidi, 19; Muhamad Amir Daud, 22; Norhasrul Izwan Noraini, 33; Joni Yakub, 37; Zamzuri Aziz, 22; Shamsol Long, 45; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 51, dan Mohd. Rozaidi Sabu, 26.

    Kesemua 20 tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Amernudin Ahmad. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada setiap tertuduh.

    Seramai 16 tertuduh pertama dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Pak Su di daerah Kubang Pasu dekat sini antara 1 Januari 2015 hingga 11 September lalu.

    Bagi empat lagi tertuduh, mereka didakwa melakukan kesalahan sama di lokasi sama pada tarikh berlainan iaitu Zamzuri dan Shamsol dari 1 Januari 2015 hingga 12 September lalu manakala Muhammad Khairul Azhar dan Mohd. Rozaidi pada 1 Januari 2015 hingga 13 September lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 20 Lagi Ahli Geng Pak Su Dituduh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top