My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 October 2017

    Belanda Labur RM21.6 Bilion




    Belanda adalah negara pelabur dari Eropah kedua tertinggi di Malaysia selepas Jerman dengan sejumlah 249 projek dilaksanakan pada tahun lalu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM21.6 bilion.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara projek yang dibangunkan itu membabitkan sektor utama seperti elektronik dan elektrikal (E&E), pengeluaran makanan dan perkakasan saintifik.

    Beliau berkata, setakat ini terdapat 150 syarikat Belanda yang beroperasi di Malaysia dan ia termasuk Shell, Dutch Lady, Vopak dan NXP Semiconductor.

    “Malah, Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global bernilai RM2.6 bilion yang ditubuhkan Shell di Kuala Lumpur menyediakan sebanyak 1,700 peluang pekerjaan, di samping beberapa syarikat Belanda lain yang turut memilih Malaysia sebagai hab pertumbuhan serantau termasuklah Benchmark Electronics, Mylaps BV dan Kraton Polymers.

    “Situasi ini membuktikan komuniti perniagaan Belanda mempunyai minat dan keyakinan kepada ekonomi Malaysia, sekali gus meletakkan negara sebagai kedudukan strategik sebagai gerbang ke pasaran ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

    Mustapa mengetuai misi perdagangan dan pelaburan negara ke Eropah berada di Amsterdam dan Brussels di Belanda pada 19 hingga 20 Oktober lalu dengan program seminar serta pembabitan bersama syarikat peneraju dan bakal pelabur berpotensi.

    Pada seminar itu, dua syarikat usahawan Belanda, BE Semiconductor Industries (BESI) dan Enza Zaden berkongsi pengalaman melabur di Malaysia serta pada masa sama memberikan perspektif kapasiti modal insan negara.

    Mustapa berkata, sektor perkhidmatan sentiasa memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi Belanda dan negara berkenaan juga mempunyai kedudukan kukuh dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, selaras hasratnya untuk mempunyai sistem tenaga mampan serta berpatutan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Belanda Labur RM21.6 Bilion Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top