My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 October 2017

    Bersama Indahkan Pusara



    Rasa tanggungjawab terhadap persekitaran mendorong sekumpulan 36 penuntut Universiti Malaya (UM) turut serta dalam kerja lapangan untuk Kursus Asas Sukarelawan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini. 

    Aktiviti gotong-royong anjuran Sekretariat Sukarelawan UM (SEKRUM) yang membabitkan penduduk setempat itu diadakan untuk tujuan memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada penuntut yang ingin menceburi bidang kesukarelawanan.

    Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM merangkap Penasihat SEKRUM S Ramlee Shamsuddin berkata, selain daripada permintaan kumpulan sasaran, pembersihan kawasan kubur ini dipilih kerana impaknya bukan saja kepada peserta tetapi masyarakat setempat.

    “Tugas pembersihan tertumpu kepada pembuangan rumpai dan lalang di kawasan perkuburan yang bukan hanya mencacatkan pemandangan tetapi menghalang kesuburan tumbuhan lain di persekitaran sama.

    Selain itu, sukarelawan terbabit turut bergotong-royong membersihkan masjid dan kediaman beberapa penduduk serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

    “Diharap, pembabitan sukarelawan dalam program sebegini dapat memberi pendedahan dan peluang kepada mereka untuk bekerjsama dengan komuniti setempat,” katanya.

    Sukarelawan, Nur Ain Mohd Arifin, 20, berkata penyertaan dalam program itu bukan saja memberinya peluang untuk tetapi mengaplikasikan imu yang dipelajari di bilik kuliah. “Dua perkara yang menyeronokkan dalam program ini adalah dapat mendekati komuniti setempat dan menimba pengalaman sebagai seorang sukarelawan.

    “Ia sangat berharga lebih-lebih lagi apabila saya dapat melihat sendiri kesan kepada persekitaran jika pembiakan spesies lalang tidak dikawal,” katanya.

    Seorang lagi sukarelawan, Siti Nuridah Md Azahari, 20, berkata, penyertaan dalam program khidmat masyarakat itu mengingatkannya bahawa kerja sukarelawan tidak terhad kepada aktiviti tertentu saja. “Selama ini, kita hanya mengharapkan pekerja di tanah perkuburan untuk membersihkan kawasan berkenaan.

    “Namun, menerusi program ini, saya dan rakan sukarelawan lain dapat bersama dengan komuniti menghulurkan bantuan menerusi aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar,” katanya. Penuntut tahun kedua Fakulti Sains UM, Nur Zarifah Zailani, 20 berkata, dia gembira dapat melihat perubahan dalam persekitaran selepas aktiviti gotong-royong itu selesai.

    “Perubahan ketara persekitaran kawasan perkuburan ini diharap memberi impak positif bukan saja kepada penduduk beragama Islam tetapi keseluruhan masyarakat berbilang kaum,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bersama Indahkan Pusara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top