My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 October 2017

    Malam Untuk Perkhidmatan Cemerlang



    Saban tahun, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) akan menganjurkan simposium pengangkutan awam darat di mana venuenya masih di Kuala Lumpur Convention Center. Untuk tahun ini, simposium berkenaan diadakan selama 2 hari bermula pada 22 Oktober sehingga 23 Oktober 2017.

    Seperti tahun-tahun sebelum ini, SPAD tidak pernah melupakan mereka yang berjaya mengekalkan tahap intergriti dan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat. Justeru, malam semalam telah diadakan majlis gala dinner yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri.

    Majlis makan malam berkenaan juga turut di serikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah dan para tetamu yang lain.

    Seperti biasa, di majlis berkenaan turut menganugerahkan pencapaian terbaik kepada beberapa penyedia perkhidmatan awam darat dan 5 orang pemandu teksi yang telah menunjukkan tauladan yang terbaik. Berikut merupakan senarai pemenang dan kategori yang telah mereka menangi semalam. Sekalung tahniah diucapkan.

    1. Kategori Operator Bas Eksperes Terbaik

        - Konsortium E-Mutiara Berhad
        - Tiara Persona Sdn Bhd

    2. Kategori Perkhidmatan Pelanggan Untuk Bas Ekspres Terbaik

        - Tiara Persona Sdn Bhd (dibawah jenama Ekspres Perdana)

    3. Kategori Penyedia Bas Henti-Henti Terbaik 

        - Syarikat Pengangkutan Maju, Johor Darul Takzim

    4. Kategori Perkhidmatan Pelanggan Bagi Bas Henti-Henti Terbaik

        - Syarikat Pengangkutan Maju,  Johor Darul Takzim
        - Handal Indah Sdn Bhd (Causeway Link)

    5. Kategori Pengangkutan Logistik Terbaik

        - Syarikat Logistik Petikemas Sdn Bhd

    6. Kategori Pengangkutan Rel Terbaik

        - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL)

    7. Kategori Pengurusan Terminal Bas Terbaik

        - Melaka Sentral

    8. Kategori Terminal Bas Yang Diuruskan Oleh Kerajaan Tempatan Terbaik

        - Terminal Sentral Kuantan

    9. Kategori Rail Terminal Terbaik

        - Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral)

    10. Kategori Rail Terminal Akan Datang Terbaik

        - JB Sentral

    11. Kategori Inovasi Terbaik

        - Kumpulan GTRS dari Rapid Rail Sdn Bhd Kelana Jaya Line. Mereka dipilih kerana inovasi mereka dalam untuk menyelesai dan mengurangkan apa jua kegagalan mekanikal yang boleh menyebabkan gangguan operasi. Kejayaan mereka ini telah menyelesaikan pelbagai isu berbangkit sejak sekian lama.

    12. Kategori Pencapaian Terbaik Bagi Kakitangan Pengangkutan Rail

        - Suryati Binti Sukiman (Ampang Line) - Pada 22 May 2017, seorang pengguna telah pengsan di Stesen Hang Tuah. Jika tidak disebabkan oleh Suryati yang pantas memberi bantuan kecemasan, pelanggan berkenaan berkemungkinan besar berhadapan dengan pelbagai komplikasi yang disebabkan oleh kegagalan jantung.

        - Saravanan A/L Subramaniam (KL Monorail) - Pada 17 Mac 2016, semasa En Saravanan sedang mengikuti satu program di MRT Bangkok, beliau telah mengesan ada sesuatu yang tidak kena terhadap pergerakan tren berkenaan. Merasakan perkara berkenaan serius, beliau telah membuat aduan kepada pusat kawalan dan atas aduannya ini, perkhidmatan berkenaan dihentikan untuk siasatan.

    Hasilnya, pihak penyiasat mendapati roda tren berkenaan mengalami masalah dan jika tidak kerana keprihatinan dan kecekapan beliau mengesan masalah berkenaan, ianya mungkin akan menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini terutamanya sekali membabitkan kehilangan nyawa.

        - Mohd Nordin Bin Kimi (KTMB) - Beliau cukup aktif bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dengan membangunkan konsep pelancongan kebangsaan. Beliau juga bertanggungjawab dalam pemulihan program pelancongan Homestay by Rail and Rail.

    13. Kategori Pemandu Teksi Terbaik

        - Ismail Md Rose - Kejujuran beliau diuji apabila salah seorang penumpang teksinya telah tertinggal sebuah bag yang mengandungi komputer peribadi dan pelbagai barangan peribadi yang lain. Selepas melengkapkan perjalanan dengan menghantar pelanggannya yang lain, beliau bergegas ke KLIA semula bagi memulangkan bag berkenaan.

        - Chong Theam Kwai - Pada sukan SEA KL 2017 yang lalu, beliau telah membawa salah seorang pemain futsal dari negara Thailand. Malangnya, pemain berkenaan telah tertinggal tripod kameranya di dalam teksi yang dipandu oleh Chong. Tidak lama kemudian, Chong kembali ke hotel penginapan pemain berkenaan dan memulangkan tripod berkenaan.

        - Zamrod Adam - Kisah Zamrod telah menjadi viral di laman sosial apabila tindakan jujurnya yang memulangkan semula bag tangan milik Ketua Pegawai Eksekutif Penang Women's Development Corporation, Ong Bee Leng yang tertinggal di dalam teksi yang dipandu olehnya, dihargai oleh pelanggannya.

        - Megat Iskandar Megat Rusli - Kejujuran Encik Megat Iskandar dengan memulangkan sebuah telefon pintar jenama I-Phone kepada pemiliknya di Somerset Ampang Residence cukup dihargai.

        - Mohamad Harisham Jusoh - Beliau tidak menyedari bahawa sebuah telefon pintar I-Phone milik pelanggannya yang berbangsa Arab boleh tercicir di dalam teksinya. Sebaik menyedari telefon berkenaan ada di dalam teksinya, beliau pantas mencari semula pelanggannya itu dan memulangkan telefon berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malam Untuk Perkhidmatan Cemerlang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top