My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 24 October 2017

    Negeri Pun Gagal Diurus Apatah Lagi Mahu Memerintah Negara



    Antara cita-cita utama DAP di Malaysia sejak dahulu adalah untuk menguasai tampuk pemerintahan negara. Pelbagai usaha mereka lakukan untuk membolehkan mereka mencapai cita-cita karut mereka termasuklah mempergunakan sesiapa sahaja dari kalangan pembangkang untuk dijadikan batu loncatan.

    Namun begitu, mereka masih gagal untuk menggapai impian dan cita-cita mereka walaupun mereka begitu hebat mempergunakan Semangat 46, PAS, PKR, PAN dan PPBM. Terbaru, mereka cuba untuk mempergunakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir sebagai orang suruhan mereka setelah kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

    Sehingga kini, pencapaian terbaik DAP adalah menguasai negeri Pulau Pinang yang mereka tawan sejak 2008. Sejak itu, satu per satu masalah menimpa penduduk negeri Pulau Pinang termasuklah yang terbaru, runtuhan tanah di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 orang. Persoalannya, jika negeri sekecil Pulau Pinang gagal diuruskan, adakah mereka mampu untuk menguruskan negara?

    Bukan satu rahsia apabila DAP sememangnya gagal menguruskan Pulau Pinang dengan baik. Pelbagai pendedahan di buat termasuklah kejatuhan merudum kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri yang menyaksikan lebih 10 buah kilang telah ditutup akibat kegagalan kerajaan negeri menguruskan ekonomi mereka.

    Malah, deretan tanah milik negeri juga sudah dijual kepada pihak asing dengan kesemua hasil daripada jualan tanah-tanah ini boleh dianggap lesap begitu sahaja. Itu belum lagi menyentuh tentang deretan kejadian banjir kilat yang melanda negeri ini dengan langsung tiada sebarang tindakan proaktif diambil oleh kerajaan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

    Disebalik pelbagai masalah yang melanda Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP, mereka begitu sibuk menyerang Barisan Nasional terutamanya MCA yang kononnya mendakwa menjadikan kaum Cina sebagai kaum kelas kedua. Justeru, tidak hairanlah apabila wujudnya pelbagai kejadian yang tidak diingini hasil daripada hasutan jahat yang dilakukan oleh DAP.

    Hakikat sebenar yang DAP cuba selindungkan adalah, MCA adalah parti yang sentiasa konsisten dalam memperjuangkan nasib kaum Cina di negara ini. Malah, komitmen MCA terhadap Barisan Nasional tidak pernah berubah walaupun kedudukan MCA tidak lagi sekukuh dahulu. Namun atas prinsip persahabatan dan persefahaman, MCA bersama-sam parti komponen yang lain kekal bersatu menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

    Hasil daripada komitmen berterusan inilah menjadikan Barisan Nasional kekal sebagai sebuah kerajaan yang kukuh. Berbanding Pakatan Harapan terutamanya DAP, jika menguruskan sebuah negeri pun sudah gagal, usah bermimpi untuk menguruskan negara yang didiami oleh pelbagai agama, bangsa dan suku kaum.

    Tempoh 9 tahun sudah cukup lama untuk menunjukkan semua kegagalan Lim Guan Eng terutamanya DAP dalam menguruskan hanya sebuah negeri. Rasanya, sudah tiba masanya kesemua kegagalan DAP dan Lim Guan Eng ini ditamatkan sepenuhnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Negeri Pun Gagal Diurus Apatah Lagi Mahu Memerintah Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top