My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 24 October 2017

    Mercedes Petronas Hampiri Kejuaraan Dunia



    BIARPUN perlumbaan Formula Satu (F1) berbaki tiga pusingan, pasukan Mercedes AMG Petronas sudah mengesahkan gelaran sebagai juara bagi kategori pengeluar buat kali keempat berturut-turut. 

    Kejayaan jaguh dunia, Lewis Hamilton mengungguli Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Litar Americas, Texas awal pagi semalam melonjakkan mata pasukan yang berpangkalan di Brackley, Britain itu kepada 575 mata meninggalkan Ferrari dengan perbezaan 147 mata.

    Berbaki tiga pusingan pada GP Mexico hujung minggu ini, Brazil (10 hingga 12 November) dan Abu Dhabi (24 hingga 26 November), peluang pasukan Ferrari yang mengumpul 428 mata untuk memintas Mercedes sudah tertutup.

    Hamilton juga kian hampir untuk bergelar juara dunia buat kali keempat selepas meraihnya pada 2008 ketika bersama McLaren serta 2014 dan 2015. Pelumba Britain itu yang mengumpul 331 mata meninggalkan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dengan kelebihan 66 mata hanya memerlukan sembilan mata untuk mengungguli F1 musim ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mercedes Petronas Hampiri Kejuaraan Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top