My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 10 October 2017

    Kalau Menang, RM 30 Ribu Setiap Seorang Menanti



    HABUAN sebanyak RM30,000 untuk setiap pemain Harimau Malaya jika mereka berjaya menewaskan Hong Kong pada aksi kelayakan Kumpulan B Piala Asia 2019 di Stadium Hong Kong malam ini. 

    Presiden Persatuan Bola Se­pak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, ia se­bagai suntikan motivasi kepada anak-anak buah Nelo Vingada untuk menghidupkan pe­luang dalam kempen Piala Asia.

    Pada masa sama, Tunku Ismail berharap pemain-pemain kebangsaan akan mempamerkan prestasi cemerlang dalam usaha menutup mulut pengkritik selepas Harimau Malaya dilihat masih gagal meraih kemenangan sepanjang em­pat perlawanan sebelum ini sejak diambil alih oleh Vingada pada Jun lalu.

    Titah Tunku Ismail yang dipetik menerusi laman sosial Facebook FAM, hanya kemenangan ke atas Hong Kong akan menutup mulut-mulut pengkritik yang baginda anggap tidak relevan un­tuk mengkritik pasukan kebangsaan.

    “Pertama, ambil satu peluang untuk kita untuk membalas kritikan. Di negara ini, banyak sangat kritikan, macam semua orang pandai ber­cakap. Semua hendak memperti­kaikan kemampuan pemain-pemain ­yang ada dalam pasukan kebangsaan, semua ada macam-macam (kritikan) media.

    “Bagi saya, apa paling mustahak adalah kamu semua harus memberikan yang terbaik. Saya tidak kisah apa orang cakap, saya akan sentiasa sokong pemain-pemain yang ada dalam pasukan kebangsaan.

    “Kebanyakan orang di negara ini, ramai tiada berada dalam dunia bola sepak, hanya tahu membuat kenyataan negatif tetapi mereka tidak faham bagaimana kehidupan pemain bola sepak, mereka tidak tahu bagaimana orga­nisasi bola sepak.

    “Saya yakin anda boleh lakukan yang terbaik. Kalau menang perlawanan ini, bonus RM30,000,” titah baginda ketika membuat panggilan video kepada skuad kebangsaan di Hong Kong semalam.

    Dalam perkembangan sama, Tunku Ismail bertitah, pemain-pemain harus mengekalkan fokus dan mengabaikan segala kritikan mahupun sindiran yang dilemparkan terhadap Harimau Malaya. “Jangan beri apa-apa tumpuan kepada kritikan orang yang tidak ada kena mengena dalam industri bola sepak.
    Awak bermain sebagai satu pasukan dan satu matlamat iaitu mencipta kemenangan pada hari ini. 

    “Dapatkan keputusan positif dan berikan yang terbaik kerana menang kalah perkara kedua dan apa yang penting, mata manusia tidak pernah menipu kita. Kalau seluruh rakyat dalam negara termasuk saya nampak pemain memberikan 100 peratus, kalah menang pun kita puas hati kerana yang penting awak kena main sebagai satu pasukan,” titah baginda.

    Sebagai rekod, skuad kendalian Vingada menduduki tangga tercorot Kumpulan B bagi kelayakan Piala Asia 2019 apabila sekadar mengutip satu mata sepanjang dua perlawanan.

    Lebanon muncul sebagai pendahulu Kumpulan B dengan tujuh mata, manakala Korea Utara dan Hong Kong masing-masing terikat dua mata tetapi Korea Utara kurang satu perlawanan berbanding Hong Kong yang telah bermain tiga perlawanan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kalau Menang, RM 30 Ribu Setiap Seorang Menanti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top