Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas manakala rakannya terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di Kuala Sampadi, Kampung Sungai Cina di sini pagi semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, bot itu dipercayai karam pada pukul 6 pagi akibat ombak besar. Menurutnya, mangsa hilang dikenali sebagai Mohd. Azimuddin Alwi, 15, manakala Herman Dandan, 34, ditemui selamat kira-kira pukul 11 pagi.
“Ketika kejadian, mereka berdua sedang keluar mencari ketam di lokasi berkenaan. “Bagaimanapun, cuaca yang kurang baik menyebabkan ombak besar berlaku hingga mengakibatkan bot berkenaan karam,” katanya ketika dihubungi semalam.
0 comments:
Post a Comment