Para peminat bola sepak tanah air terguris dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang secara sinis menganggap skuad bola sepak kebangsaan sebagai ‘bukan pasukan negaranya’.
Menurut mereka, sebagai Presiden FAM yang dipilih oleh ahli-ahli gabungan persatuan bola sepak di Malaysia, Tunku Ismail perlu mempertahankan dan membangunkan mutu bola sepak negara selain tidak menganggap diri baginda tiada kaitan dengan sukan tersebut yang mengalami kemerosotan besar sejak awal tahun ini.
Pada sesi soal jawab bersama wakil-wakil media di JDT Cafe, Johor Bahru malam kelmarin, baginda bertitah: “Pasukan negara anda semua, not my negara (bukan negara saya). I’m from Johor, you know (Saya berasal dari Johor, anda tahu).”
Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali berkata, titah Tunku Ismail itu mengguris hati peminat sukan tempatan kerana baginda dipilih menjadi Presiden FAM kerana diyakini mengetahui formula untuk memperkasakan bola sepak tanah air.
Menurutnya, beliau menganggap titah Tunku Ismail itu di luar jangkaan penyokong-penyokong bola sepak negara, ditambah dengan kenyataan baginda bahawa jawatan sebagai Presiden FAM merupakan kerja sambilan sahaja.
0 comments:
Post a Comment