My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 October 2017

    Balasan Untuk Si Dayus Pemukul Isteri



    Hanya kerana mahu memindahkan alat penyaman udara dari rumah isteri tua ke kediaman isteri mudanya, seorang peniaga kedai makan dipenjara empat tahun di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

    Tindakan lelaki tersebut menyebabkan berlakunya pergaduhan dengan isteri tuanya sebelum tertuduh menyepak dan memijak mangsa sehingga wanita itu mengalami patah tulang bahu dalam kejadian Julai lalu.

    Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Samsol Kamal Basri, 50, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada Shahaba Che Lah, 44, di sebuah rumah di Kampung Gelam Gong Serapat, Pasir Puteh dekat sini pada pukul 8.45 malam 16 Julai lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Balasan Untuk Si Dayus Pemukul Isteri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top