Polis tidak menolak kemungkinan cemburu dan syak wasangka kerana suami sudah dua hari tidak pulang ke rumah menjadi punca seorang wanita muda berusia 18 tahun bertindak menikam suaminya dengan pisau pemotong sayur di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong dekat sini kelmarin.
Kejadian sekitar pukul 2 petang itu menyebabkan mangsa, Mohd. Firdaus Md. Salehuddin, 28, maut dengan hanya sekali tikaman. Difahamkan, wanita itu yang merupakan peniaga makanan dan suaminya yang bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Awam Muar baru berkahwin kira-kira enam bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, suspek ada menghubungi majikan serta ibu bapa mangsa sebelum bertemu suaminya di sebuah rumah yang dijadikan stor oleh majikan mangsa.
0 comments:
Post a Comment