My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 11 October 2017

    Ini Sahajalah Standard Bola Sepak Malaysia...



    SKUAD Harimau Malaya terus gagal meraih tiga mata dalam saingan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 apabila tewas 0-2 kepada Hong Kong di Stadium Hong Kong malam tadi. 

    Kekalahan itu memanjangkan rekod tanpa kemenangan pasukan negara dalam enam perlawanan sejak di bawah kepimpinan Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Mac lalu dan jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada, Jun lepas.

    Peluang skuad negara untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga hampir tertutup apabila hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan.

    Hong Kong yang berada di ranking ke-147 dunia menampilkan aksi lebih baik berbanding Harimau Malaya (ranking ke-166) apabila sering mengancam kubu pertahanan negara yang diketuai Muhammad Shahrom Kalam.

    Rentak permainan pasukan negara terjejas apabila ketua pasukan, Safiq Rahim diarah keluar padang selepas pengadil perlawanan, Nivon Gamini melayangkan kad merah setelah dia memijak pemain pertahanan Hong Kong, Daniel Cancela Rodriguez pada minit ke-40.

    Empat minit berselang, gawang Malaysia yang dikawal Muhammad Hafizul Hakim bolos apabila Jorge Tarres menanduk masuk sepakan percuma yang disempurnakan oleh Wong Wai.

    Bersambung separuh masa kedua, luka Malaysia bertambah parah apabila James Mickee menggandakan kedudukan pasukan tuan rumah pada minit ke-49, sekali gus memberi tekanan kepada pasukan negara dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

    Malaysia kini berdepan misi sukar untuk melayakkan diri ke Piala Asia apabila perlu berdepan cabaran Korea Utara, November depan serta berkunjung ke Beirut menentang Lebanon, 27 Mac 2018.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ini Sahajalah Standard Bola Sepak Malaysia... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top