My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 20 October 2017

    HSR Kebanggaan Baru Buat Negara



    Satu ketika dahulu, tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan, perjalanan menuju ke Selatan tanahair dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan rel dapat dilakukan dalam masa satu jam setengah. Melainkan menggunakan perkhidmatan udara, samada menggunakan perkhidmatan darat mahupun rel, perjalanan yang terpaksa di tempuh, cukup panjang dan meletihkan.

    Namun begitu, hasil dari keprihatinan kerajaan untuk menambah baik pengangkutan awam darat negara, dengan tertubuhnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), idea untuk merealisasikan pengangkutan awam yang teratur, moden dan pantas akhirnya diserlahkan dengan pelbagai projek terutamanya projek High Speed Rail (HSR).

    Siapa sangka, perjalanan dari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur menuju ke Singapura dengan menempuh 7 buah stesen hanya akan memakan masa selama satu jam tiga puluh minit. Malah, jarak yang akan ditempuhi juga adalah sejauh 350 kilometer dengan 15 kilometer lagi berada di Singapura.

    Tidak cukup dengan itu, kesemua stesen yang menjadi penghubung sepanjang laluan HSR ini juga dianggap sebagai rekaan yang futuristik. Ini dibuktikan semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan rekaan setiap stesen HSR yang akan dibina kelak.

    Komitmen bersepadu antara kerajaan, SPAD dan pelbagai pihak lagi diharapkan mampu menjadikan HSR sebagai satu lagi pengakutan awam berteknologi tinggi serta menjadi antara termaju di dunia. Malah, sebaik sahaja siapnya projek ini, ia akan menjadi ikon kepada pengangkutan awam darat dan sekaligus bakal menjadi satu lagi projek rel yang menjadi kebanggaan Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HSR Kebanggaan Baru Buat Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top