My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 20 October 2017

    Video 'Kereta Hantu' Di Singapura



    VIDEO ‘kereta hantu’ yang dirakam di Singapura kini tular menunjukkan sebuah kereta tiba-tiba muncul menyebabkan kemalangan. 

    Rakaman video yang dirakam menggunakan ‘dashboard cam’ oleh Gerard Derek Na itu menunjukkan sebuah kereta membelok ke kanan untuk memasuki simpang apabila tiba-tiba sebuah kereta muncul di depannya menyebabkan kereta pertama tadi melanggarnya.

    Selepas perlanggaran itu, ‘kereta hantu’ berkenaan berlalu dari situ. Rakaman itu yang disiarkan di Facebook ROAD.sg Isnin lalu, menarik perhatian dengan 100,000 sudah menontonnya dan dipetik banyak portal berita di United Kingdom, termasuk The Sun, The Daily Mail dan The Mirror.

    Ramai yang hairan dengan kemunculan kereta berkenaan kerana langsung tiada bayangnya sebelum kemalangan. Namun, ada juga yang membuat andaian kedudukan ‘kereta hantu’ itu mungkin menyebabkan ia tidak kelihatan dalam video atau dilihat pemandu kereta pertama sehingga pada saat akhir.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video 'Kereta Hantu' Di Singapura Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top