My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 12 October 2017

    Lambat Hantar Makanan, Belasah Pelanggan



    PENGHANTAR makanan di Haikou, wilayah Hainan, membelasah seorang wanita dengan pengunci stereng kerana bimbang mangsa melaporkan kepada majikannya mengenai perkhidmatannya yang buruk.

    South China Morning Post yang memetik Southern Metropolis News melaporkan, kejadian pada malam Sabtu lalu, menyebabkan pelajar wanita itu cedera di kepala dan terpaksa dirawat di hospital. 

    Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia memesan makanan melalui aplikasi pesanan Ele.me pada 6 petang dari restoran berhampiran rumahnya. Bagaimanapun, selepas dua jam, wanita itu masih belum menerima makanan dipesannya sedang restoran itu hanya 10 minit berjalan kaki daru rumahnya.

    Dia menghubungi restoran itu beberapa kali dan penghantar makanan berkenaan memarahi di telefon. “Selepas lama menunggu, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke restoran untuk mengambil makanan dipesan, kira-kira 8.20 malam,” katanya.

    Menurutnya, ketika di restoran, dia bertanya nama penghantar makanan itu menyebabkan lelaki berkenaan bertanya sama ada dia akan membuat aduan. “Lelaki itu kemudian mengambil besi pengunci kereta dan memukul kepala saya hingga berdarah,” jelasnya yang dhantar ke hospital oleh rakan dan terpaksa membayar kos rawatan 2,000 yuan (AS$300).

    Wakil Ele.me menyatakan, mereka gagal menghubungi lelaki berkenaan yang sudah dipecat namun akan membantu siasatan polis yang sedang memburunya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lambat Hantar Makanan, Belasah Pelanggan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top