My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 13 October 2017

    SPRM Panggil 45 Saksi



    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 45 saksi bagi memberi keterangan berkaitan penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membangunkan Sabah. 

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, lebih ramai saksi akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan. Menurut Dzulkifli, SPRM juga tidak menolak untuk melakukan beberapa tangkapan terhadap individu yang terlibat dalam penyelewengan peruntukan kementerian tersebut.

    “Untuk kes ini kita telah memanggil seramai 45 saksi bagi memberi keterangan, malah kita jangka lebih ramai lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan SPRM.

    “Beberapa individu juga akan ditahan dalam tempoh terdekat. Kita akan berkongsi maklumat dengan pihak media sekiranya masa sudah tiba nanti,” katanya. Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan di loji bekalan air Sungai Intan di Kampung Sungai Intan di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPRM Panggil 45 Saksi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top