My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 October 2017

    Untuk Generasi Kedua



    Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mewujudkan fasa kedua Program Rumah Bina Negara Risda 400 unit yang ditawarkan pada harga RM45,000 seunit khusus untuk generasi kedua luar bandar. 

    Program berkenaan bagi menarik generasi kedua luar bandar untuk terus kekal bermastautin dan menarik golongan itu kembali ke kawasan luar bandar. Pengerusinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, projek pembinaan kediaman itu dilaksanakan di seluruh negara dan mendapat permintaan tinggi memandangkan harga jualannya mampu milik.

    Beliau berkata, rumah berkenaan dibangunkan di atas tanah peribadi dan Risda menerusi anak syarikatnya, Risda Bina Sdn Bhd (Risda Bina) akan melaksanakan projek pembinaan kediaman kepada pemohon yang layak.

    “Kos pembinaan kediaman ini mencecah RM65,000 dan mendapat subsidi daripada kerajaan RM20,000 bagi membantu generasi luar bandar mampu membangunkan kediaman mampu milik di tanah masing-masing.

    “Selain itu, kami juga bekerjasama dengan Agro Bank bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan dan ia dalam proses perbincangan terutama berkaitan syarat layak pemohon mendapat pembiayaan daripada bank,” katanya.

    Antara syarat ditetapkan Risda kepada pemohon program kediaman itu selain genarasi kedua ialah berusia 18 hingga 45 tahun, berkahwin, bermastautin di luar bandar, tidak memiliki rumah sendiri, pendapatan isi rumah di bawah RM4,000, tanah sendiri atau milik ibu bapa dan setuju mencagarkan tanah.

    Zahidi berkata, pihaknya juga berhasrat meneruskan projek berkenaan pada masa depan dengan menawarkan harga lebih murah sekiranya mendapatkan kos pembinaan dapat diturunkan.

    Katanya, antara langkah dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kos pembinaan seperti menggunakan batu bata diperbuat daripada hasil buangan sawit. Ia sekali gus menjadikan kediaman lebih sejuk serta tidak diserang anai-anai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Untuk Generasi Kedua Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top