Ketua Makmal Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. S. Raja memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, kematian warga Korea Utara, Kim Jong-nam merupakan insiden kedua di dunia dan pertama di negara ini yang membabitkan penggunaan agen saraf VX.
Raja yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata, insiden pertama membabitkan penggunaan bahan kimia tersebut berlaku pada tahun 1994 di Osaka, Jepun.
“Bahan kimia agen saraf VX dilaporkan disembur pada leher mangsa di Jepun sebelum mangsa itu mati,” kata beliau ketika pemeriksaan utama oleh Ketua Unit Bicara dan Rayuan, Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Beliau memberi keterangan pada perbicaraan Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, yang didakwa membunuh Jong-nam pada hari keenam prosiding semalam.
0 comments:
Post a Comment