My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 October 2017

    Ingatkan Kijang, Rupanya Sepupu Sendiri



    Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan dilepaskan sepupunya menggunakan senjata api buatan sendiri iaitu bakakuk ketika berburu di hutan Kampung Langkabungan 2, Kota Marudu, semalam. 

    Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa, Andreas Labin, 22, maut di tempat kejadian selepas terkena lima tembakan di dada, leher dan muka. Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu keluar memburu seorang diri di kawasan hutan berkenaan kira-kira 700 meter dari rumahnya.

    Katanya, suspek mendakwa terlihat kelibat seekor kijang di kawasan semak dalam jarak 90 meter dari tempatnya berdiri sebelum bertindak melepaskan tembakan. "Lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu mendakwa turut melihat kelibat kijang berkenaan jatuh sebaik tembakan dilepaskan.

    "Namun apabila dia sampai di lokasi berkenaan, suspek terkejut apabila mendapati sepupunya sendiri terlentang dengan beberapa kesan tembakan," katanya.

    Menurutnya, suspek pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu. Katanya, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

    "Polis turut merampas selaras senjata api jenis bakakuk bersama sebutir kelongsong peluru yang digunakan suspek dalam insiden berkenaan," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ingatkan Kijang, Rupanya Sepupu Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top