Secara amnya, sekiranya Pakatan Harapan menganjurkan satu-satu himpunan, mereka akan mengwar-warkan jumlah kehadiran yang besar dan mereka akan mendakwa, rakyat Malaysia bersatu menyokong mereka. Namun, apa yang disaksikan di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu lalu adalah satu himpunan yang gagal sama sekali.
Mengulas tentang perkara ini, seorang penyokong MCA memberitahu, apa yang dia saksikan pada himpunan berkenaan merupakan petanda awal penolakan kaum Cina terhadap siri himpunan seumpama ini.
Dia yang enggan nama dan gambarnya disiarkan memberitahu, kehadirannya ke Padang Timur Sabtu lalu adalah dasar ingin membuat pemantauan kehadiran kaum Cina kedalam himpunan anjuran Pakatan Harapan ini. Namun, apa yang dia perhatikan, tidak ramai kaum Cina sanggup turun ke padang ini walaupun secara amnya, Petaling Jaya adalah kawasan milik DAP.
Malah katanya lagi, dia boleh menganggarkan hanya kira-kira 35 peratus sahaja dari jumlah kasar seramai 5,000 peserta yang membanjiri Padang Timur adalah dari kaum Cina. Selebihnya terdiri daripada kaum-kaum lain. Ini menunjukkan, kaum Cina sendiri sudah muak dengan siri himpunan yang langsung tidak memberi faedah sama sekali terhadap mereka.
Pendapat ahli MCA ini sebenarnya mempunyai asas yang kukuh. Jika kita lihat dalam satu artikel yang diterbitkan oleh saudara Lim Sian See hari ini, beliau mendakwa, rentak sokongan kaum Cina hari ini sudah semakin berubah. Jika Pilihan Raya Umum ke 12 lalu menampakkan arus tsunami kaum Cina terhadap pembangkang, PRU 14 pula telah membawa kembali mereka kepangkuan BN.
Walaupun pada asasnya mereka tidak begitu menyokong PAS, namun kebimbangan survivor kaum Cina di Malaysia hari ini meletakkan sokongan mereka kembali kepada BN. Mereka semakin sedar, sekiranya MCA atau satu lagi parti dari kaum Cina, Gerakan, semakin melemah, suara mereka semakin tenggelam disaat DAP lebih berminat memperjuangkan matlamat individu semata-mata.
Jika dibandingkan dengan apa yang ditunjukkan di dalam himpunan anti Kleptokrasi Sabtu lalu, dakwaan Lim Sian See ini mempunyai asas yang kukuh. Kaum Cina sudah semestinya bimbang akan survivor mereka dan oleh yang demikian, ketidak hadiran kaum ini pada perhimpunan berkenaan Sabtu lalu boleh dianggap sebagai arus perubahan ketara kaum ini terhadap landskap politik negara.
0 comments:
Post a Comment