Polis menahan seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun dipercayai menjadi suspek utama kes rogol seorang remaja perempuan dari Lawas di Limbang pada April lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek ditangkap oleh anggota JSJ Lawas pada 12.10 tengah hari tadi selepas menyerah diri di Balai Polis Lawas dan akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.
“Lelaki itu disyaki membayar wang untuk mengadakan hubungan seks dengan mangsa yang berusia 14 tahun itu di sebuah hotel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dua suspek wanita, ibu mangsa, 30, dan pemilik pusat karaoke, 45, akan dituduh pada 9 pagi esok di Pejabat Daerah Lawas. Sehingga hari ini, empat suspek berada dalam tahanan polis termasuk lelaki berumur 23 tahun yang ditahan Selasa lepas dan ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis.
0 comments:
Post a Comment