My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 9 October 2017

    Pesta Gay Diserbu


    Polis Indonesia memberkas 58 lelaki termasuk sebilangan warga asing dalam serbuan ke atas sebuah sauna gay, kata seorang pegawai kelmarin. Polis menyerbu sebuah bangunan menempatkan sauna dan gimnasium di Jakarta lewat Jumaat lalu susulan maklumat orang awam bahawa tempat itu digunakan bagi tujuan pelacuran.

    “Kami menahan 51 orang dan tujuh pekerja kerana disyaki menyediakan perkhidmatan pelacuran,” kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono dalam satu kenyataan. Antara yang ditahan terdiri daripada enam warga asing termasuk empat lelaki China dan masing-masing seorang rakyat Thailand serta Belanda.

    Aktiviti homoseks sah di seluruh Indonesia kecuali Aceh tetapi polis menggunakan undang-undang antipornografi ataupun dakwaan dadah untuk menangkap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada masa lalu.

    Yuwono berkata, enam yang ditahan akan didakwa di bawah undang-undang antipornografi Indonesia dan berdepan hukuman penjara enam tahun sekiranya didapati bersalah. Pihak berkuasa tidak mendedahkan mengenai nasib baki 52 individu lain yang ditahan.

    Serbuan pada Jumaat lalu itu dibuat ketika penentangan terhadap komuniti LGBT di Indonesia semakin meningkat. Beberapa menteri dan kumpulan Islam berpengaruh tampil membuat kenyataan terbuka menentang LGBT baru-baru ini.

    Seramai 141 lelaki ditahan dalam serbuan serupa pada Mei lalu kerana didakwa mengambil bahagian dalam parti seks di Jakarta dalam promosi yang dinamakan The Wild One.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesta Gay Diserbu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top