My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 7 October 2016

    Apa Akan Jadi Jika Merah Dan Kuning Bertembung?



    Sejak tahun lalu, pertembungan antara dua buah kumpulan, BERSIH dan gerakan Baju Merah, sentiasa akan menimbulkan pelbagai perkara yang akan hangat diperkatakan. Tahun lalu, pertembungan ini tidak terlaksana berikutan BERSIH 4 diadakan sebelum sambutan hari Kebangsaan diadakan. Baju merah pula mengadakan perarakan pada 16 September.

    Namun, lain pula ceritanya pada tahun ini. Seperti yang disebut oleh Datuk Seri Jamal Md Yunus sebelum ini, mereka bersedia berhadapan dengan himpunan BERSIH dimana sahaja mereka berada termasuk menyekat sebarang usaha menggerakkan konvoi BERSIh di beberapa kawasan di seluruh negara.

    Nyata sekali, komitmen yang disuarakan oleh Datuk Seri Jamal ini kurang disenangi oleh Maria Chin selaku penganjur himpunan haram BERSIH 5 kali ini. Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap gerakan Baju Merah sehingga dia mengaitkan gerakan ini ada unsur-unsur pengganas Daesh.

    Hal ini pantas disambut oleh Datuk Seri Jamal yang turut menuduh gerakan BERSIH telah diresapi oleh semangat Daesh. Akibatnya, hari ini Maria Chin memfailkan saman terhadap Datuk Seri Jamal atas tuduhannya itu. Adakah ini kemuncak kepada pertembungan idealogi Merah dan Kuning? Jawapannya, tentu sekali tidak.

    Datuk Seri Jamal sendiri pernah memberitahu bahawa gerakan Merah tidak akan terhenti selagi BERSIH 5 tetap mahu mengadakan demo di ibu negara 19 November nanti. Walaupun cuba ditenangkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia, namun ianya gagal untuk menyekat kebangkitan gerakan ini untuk menghancurkan BERSIH.

    Jika dahulu, BERSIH diwujudkan untuk membersihkan senarai pengundi, memastikan sistem pengundian kita telus dan mahu mewujudkan kerajaan bebas rasuah, namun hari ini, BERSIH mahu menuntut Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan serta kerajaan yang ada hari ini diubah. Bukankah ini melanggar prinsip demokrasi yang secara jelas ditentang oleh gerakan baju Merah.

    Andai kita melihat beberapa video yang tersebar dilaman sosial tentang pertembungan Merah dan Kuning di Lumut dan Alor Setar, pastinya kita boleh menjangkakan, akan timbulnya ketegangan di Kuala Lumpur kelak andai kedua-dua kumpulan ini bertemu di jalanraya. Inilah yang cukup dibimbangkan oleh pihak PDRM dan ramai pihak di luar sana.

    Kita masih terbayang bagaimana negara pernah berhadapan dengan corak himpunan ganas walaupun pada asalnya, penganjur berjanji, himpunan yang dianjurkan mereka adalah aman. Siapa dapat melupakan insiden Reformasi pada tahun 1998 dan himpunan BERSIH 1 dan 2 pada tahun 2007 dan 2011. Semuanya berakhir dengan keganasan.

    Bukan mahu menunding jari pada mana-mana pihak. Gerakan Merah mempunyai sebab untuk bertindak menyekat himpunan haram BERSIH yang semua pihak sifatkan sebagai himpunan politik yang melanggar prinsip demokrasi. Bagi BERSIH pula, mereka hanya menjunjung idealogi politik dengan sokongan daripada parti-parti politik pembangkang termasuk PPBM.

    Atas berlainan prinsip dan perjuangan inilah yang mungkin akan menyebabkan, bakal berlaku ketegangan yang tidak dapat dielakkan andai Merah dan Kuning akhirnya bertemu di jalanraya. Pada ketika itu, cukup dibimbangi, ketegangan ini tidak dapat dikawal lalu mewujudkan pergaduhan besar-besaran, sesuatu yang paling mahu dielak oleh pihak berkuasa dan gerakan Baju Merah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Akan Jadi Jika Merah Dan Kuning Bertembung? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top