My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 7 October 2016

    Kisah Tragis Seorang Budak Pesakit Leukemia



    Bagi kebanyakan manusia, apabila disahkan mendapat penyakit barah atau luekemia, antara perkara yang berlaku, mereka tidak dapat menerima kenyataan. Ada yang memilih untuk mengasingkan diri dan ada juga yang memilih untuk menyalahkan takdir dengan apa yang mereka terima.

    Apabila disahkan mendapat penyakit maut seumpama ini, ramai yang beranggapan, mereka sudah berhadapan dengan "hukuman" mati dari Tuhan. Bermulalah hidup bercelaru tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Mereka akan bertukar menjadi pasif, termenung dan enggan lagi menjalankan kehidupan mereka seperti biasa.

    Namun, tiada siapa menyangka, seorang kanak-kanak berumur 11 tahun, sanggup melupakan kesakitannya untuk kesekolah setiap hari tanpa sekalipun ponteng atau menggunakan alasan kesakitan luekemianya untuk tidak hadir kesekolah.

    Shi Luyao, yang tinggal di sebuah kampung berhampiran bandar Liupanshui di wilayah Guizhou disahkan mengidap leukemia pada November 2013. Menyedari tentang penyakit anaknya yang perlu mendapat perhatian yang khusus dari pihak hospital, bapanya kemudian membawa Shi berpindah ke wilayah Anhui supaya dia boleh menjalani rawatan kemoterapi di hosputal di sana.

    Sepanjang dua tahun dia menjalani rawatan, semangat Shi untuk belajar tidak pernah padam. Shi yang sentiasa terpaksa bercuti pada waktu itu bagi mendapatkan rawatan tetap mahu menerus pelajarannya dan dia sanggup meminjam buku-buku sekolah dari rakan-rakannya.

    Namun sejak akhir-akhir ini, dia seolah-olah mendapat semangat baru. Bayangkan, setiap kali selesai menjalani rawatan kemoterapi, dia sanggup pulang ke kampung halamannya dan meneruskan sesi persekolahannya. Jarak yang terpaksa ditempuhi olehnya bukanlah dekat sebaliknya dia terpaksa menempuh perjalanan 400 kilometer dengan menaiki keretapi yang akan memakan masa selama 6 jam.

    Lebih mengharukan, dia akan menempuh perjalanan berkenaan berseorangan kerana bapanya perlu bekerja bagi menampung perbelanjaan rawatannya. Walaupun pihak hospital seringkali menasihatinya supaya menghentikan tabiatnya itu kerana dikhuatiri akan menjadikannya lebih teruk, namun menurut Shi, dia akan tetap kesekolah seperti biasa walaupun terpaksa merangkak.

    Dalam pengakuannya, Shi memberitahu, kadangkala, dia mengembara dalam keadaan yang terlalu lemah. Namun, dia sedar, tanpa ilmu, dia tidak akan mungkin menjadi orang yang berjaya andai dia berjaya melawan penyakitnya itu kelak.


    "Saya seperti mahu menangis setiap kali kesakitan saya datang secara tiba-tiba. Namun saya tidak boleh menangis dan membiarkan orang ramai menyaksikan saya lemah kerana pastinya mereka akan menyedari, saya keseorangan dalam usaha saya mencari ilmu. Paling utama, saya tidak mahu sesiapapun kecuali mereka yang terdekat dengan saya tahu saya menghidap leukemia," katanya lagi.

    Menurut pihak sekolah tempat Shi belajar, guru-gurunya cukup kagum dengan kemahuan Shi mencari ilmu walaupun Shi pernah tidak bersekolah selama dua tahun. Apa yang menariknya, dia tetap mampu menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya walaupun terpaksa mengembara sejauh itu hanya semata-mata mahu menuntut ilmu.

    Ketika ditanya, kenapa Shi tidak bertukar sahaja sekolah di tempat dia menerima rawatan, Shi memberitahu, ilmu yang diajar di sekolah berkenaan membuatkan dia nekad tidak akan meninggalkan sekolah itu. Malah, dia yakin, dia akan pulih tidak lama lagi setelah menjalani rawatan pemindahan air tulang sum-sum tidak lama lagi.

    Kisah Shi ini cukup menyentuh hati serta menjadi aspirasi buat rakyat China yang mengetahui tentang kisah ini. Malah, ada ura-ura untuk menjadikan perjalanan hidup Shi untuk dijadikan filem bagi menggambarkan perjuangan seorang pesakit leukemia melawan penyakitnya dan dalam masa yang sama cukup komited untuk menuntut ilmu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kisah Tragis Seorang Budak Pesakit Leukemia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top