My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 8 October 2016

    Tarikan 'Top Knot'




    Bosan dengan gaya rambut yang sama dan mahu tampil dengan imej baru? Jika ya, anda mungkin boleh mencuba gaya rambut ‘top knot’ yang semakin mendapat tempat dalam kalangan jejaka masa kini. Sekali imbas, gaya rambut ini hampir menyerupai potongan sanggul. 

    Namun, ada bezanya kerana ‘top knot’ menampilkan potongan nipis di kiri dan kanan rambut manakala bahagian atas dibiarkan panjang bagi membolehkan ia diikat. Bagi yang tidak tahu, potongan ‘top knot’ digayakan sejak tahun 1300 lagi oleh sekumpulan individu yang berhijrah ke New Zealand ketika itu.

    Gaya itu kemudian menjadi ikutan malah sehingga kini potongan itu cukup sinonim dengan imej pendekar samurai. Biar apa pun jolokannya, potongan rambut ‘top knot’ kembali menjadi trend bukan saja di Barat malah remaja di negara ini terpengaruh untuk mencuba gaya itu.

    Mungkin kerana potongan itu yang sesuai untuk semua bentuk muka sama ada bulat, bujur mahupun segi empat. Namun, ia juga bergantung kepada kerjaya anda kerana nampak gaya, potongan itu lebih sesuai untuk mereka yang bukan bekerja dalam bidang profesional atau sektor korporat.

    Maknanya, anda akan kelihatan menyerlah jika menggayakan potongan rambut itu ke acara santai atau dalam erti kata lain majlis tidak formal. Peringkat umur pula di antara 20 hingga 35 tahun dan jika melebihi had itu sekalipun bergantung cara seseorang menggayakannya. Pendandan rambut, Zulfa Kamaruzaman berkata, gaya potongan rambut itu adalah yang terkini buat masa ini.

    Malah, dia mengakui semakin ramai remaja kini yang berani mencuba potongan berkenaan. Baginya, tiada salahnya untuk mencuba potongan baru yang penting yakin dengan penampilan itu.

    Berkongsi tip, Zulfa berkata, potongan itu senang digayakan kerana hanya perlu diikat bagi kelihatan kemas. Cuma, Zulfa menyarankan rambut disisir rapi sebelum diikat dan gunakan penyembur wangian untuk memastikannya wangi dan bersinar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tarikan 'Top Knot' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top