Sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak menjadi sebahagian daripada pembangkang, ramai yang ingin mengetahui, apakah yang sedang dirangka olehnya menerusi pembangkang. Dengan membawa PPBM selaku parti pembangkang terbaharu, pastinya ramai ingin tahu, siapakah Perdana Menteri idaman Mahathir kali ini.
Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir yang pada ketika itu cukup giat mahu menjatuhkan Tun Abdullah, sentiasa meletakkan nama Datuk Seri Mohd Najib selaku pilihannya. Kini, sebaik sahaja melancarkan serangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib, nama lain pula yang diwar-warkan oleh Mahathir untuk dijadikan sebagai Perdana Menteri.

Bunyinya agak mengarut bukan, namun jika kita lihat keadaan semasa hari ini, memang ada kebenarannya. Benar Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak dan paling utama, pencalonannya dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Namun, Muhyiddin hanyalah Perdana Menteri sementara sebelum Azmin dilantik sebagai Perdana Menteri pilihan utama. Jika ada yang mengatakan, dimanakah kedudukan Anwar, hakikatnya, memasuki usia 70 tahun, hanya ahli keluarganya sahaja yang masih kekal menyokong pencalonan Anwar untuk jawatan Perdana Menteri.
Benar, ada kenyataan daripada beberapa individu dalam Pakatan Harapan, namun, jika memahami perjalanan politik, kenyataan berkenaan tidak lebih dari sekadar untuk mengambil hati, bukan kenyataan rasmi dari parti-parti politik yang menganggotai Pakatan Harapan.

Azmin pula menjadi pilihan atas dua faktor. Pertama, Azmin merupakan anak angkat kesayangan Mahathir yang sehingga kini masih mengekalkan hubungan akrabnya dengan Mahathir. Faktor kedua, pengalaman dan kebolehan Azmin dalam politik yang langsung tiada pada diri Mukhriz.
Inilah yang meletakkan Azmin selaku pilihan utama Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri, disaat semua mata sedang melihat percaturan Mahathir untuk meletakkan anaknya di kerusi Perdana Menteri. Paling utama yang diberi perhatian oleh Mahathir, Azmin sudah masak dengan segala helah politik Anwar dan keluarganya dan ini memberikan kelebihan tersendiri kepada Azmin.
0 comments:
Post a Comment