My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 5 October 2016

    SPAD Serius Membenteras Ulat Teksi



    Bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD), antara tumpuan utama penguatkuasaan mereka adalah membenteras kegiatan ulat teksi yang sehingga kini masih belum dapat dibasmi sepenuhnya. Bagi SPAD, kegiatan tidak bermoral ini telah memberi imej yang buruk kepada pelancong memandangkan perkhidmatan awam adalah cerminan terhadap imej negara.

    Melihat akan hal ini, SPAD telah memulakan langkah membuat pertuduhan di mahkamah dalam tempoh 24 jam selepas penangkapan bagi membanteras kegiatan ulat teksi ­de­ngan lebih berkesan di seluruh negara.

    SPAD dalam satu kenya­taan telah berkata, dari bulan Januari lalu hingga kini, SPAD telah merekodkan sebanyak 29 kes berkenaan ulat teksi yang telah dibicarakan di mahkamah dengan hukuman denda antara RM3,000 hingga RM5,000.

    Daripada jumlah itu, mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman penjara di antara 14 hari sehingga setahun bagi empat kes ber­kenaan. Selain itu, SPAD juga mencatatkan 25 kes kenderaan yang didapati telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa permit.

    Dalam pada itu, melalui pendedahan eksklusif oleh akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini, ulat teksi kini menumpukan aktiviti mereka di KLIA2 berbanding di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dalam laporan itu mendedahkan, aktiviti haram tersebut menjadikan pelancong antarabangsa terutama dari Asia Barat sebagai sasaran utama.

    Dalam usaha untuk membenteras kegiatan haram ini, SPAD juga akan meningkatkan pemantauan dan operasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    SPAD juga akan menumpukan kepada langkah penguatkuasaan terhadap kegiatan ulat teksi serta mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan terminal bagi mencari jalan penyelesaian terbaik membanteras kegiatan tersebut sepenuhnya. Pihak SPAD serius dalam ­usaha untuk menangani isu berkaitan ulat teksi sama ada di KLIA dan KLIA2.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Serius Membenteras Ulat Teksi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top