Perlis merupakan negeri paling utara di Semenanjung Malaysia. Dianggap sebagai sebuah negeri terkecil di Malaysia, Perlis bukanlah sebuah negeri yang membosankan. Banyak keindahan yang terdapat di negeri Indera Kayangan yang jarang diketahui oleh orang luar.
Bagi kebanyakan pengunjung, Padang Besar dan Wang Klian cukup sinonim dikalangan pelancong. Menerusi segmen baru kali ini, penulis kepilkan beberapa gambar menarik yang terdapat di negeri PERLIS Indera Kayangan untuk dinikmati oleh semua pelancong.
Sempena cuti Sekolah yang akan datang, Perlis mungkin boleh menjadi percutian menarik untuk di kunjungi. Malah, jika ada yang berhasrat mahu ke Pulau Langkawi, Jeti Kuala Perlis juga merupakan salah satu pintu masuk untuk ke Pulau Lagenda berkenaan.
Pi La Pegheleh...syok woooo
0 comments:
Post a Comment