Penyebab perceraian antara Brad Pitt dan Angelina Jolie masih menjadi misteri, mulai dari Pitt didakwa melakukan kekerasan terhadap salah seorang anak angkat mereka iaitu Maddox hingga kepada dakwaan lelaki kacak itu mempunyai skandal dengan Marion Cotillard.
Biar apapun penyebabnya, ironinya, Pitt dikhabarkan masih mencintai Jolie. Menurut sumber, kehidupan Pitt berubah drastik sejak surat perceraian ‘dilayangkan’ ke mahkamah. “Pitt tidak percaya hidupnya akan jadi seperti ini dan dia kini dalam keadaan teruk.
Anak-anak adalah satu-satunya sumber kekuatannya. “Dia juga bersandar pada keluarganya. Meluah perasaan pada keluarga, kawan-kawan terdekat dan pengurusnya. Ibunya juga berterusan memberi kata-kata semangat kepadanya,” ujar sumber menerusi laporan US Weekly.
Sementara itu, Pitt sendiri belum bebas daripada tuduhan kekerasan yang dilakukannya terhadap Maddox. Tindakan kekerasan itu khabarnya terjadi saat Jolie, Pitt dan anak-anak dalam perjalanan pulang dari Perancis.
0 comments:
Post a Comment