Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan berbincang dengan kerajaan Sarawak bagi memperhalusi dan menetapkan garis panduan serta peraturan dalam memburu dan memperdagang buaya. Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, garis panduan itu dijangka mengambil tempoh kira-kira enam bulan sebelum dimuktamadkan.
Katanya, ia dibuat susulan kejayaan Malaysia menurun taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II di mesyuarat Persidangan Pihak-pihak yang menyertai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Afrika Selatan ketika ini, yang akan membolehkan buaya di Sarawak diburu dan diperdagangkan.
“Populasi buaya meningkat secara mendadak sejak 2010 dan ia mencetuskan banyak konflik dengan manusia. Sejak itu kita berusaha menurun taraf haiwan tersebut kepada Apendiks II supaya ia boleh diburu.
“Pemburuan dan perdagangan buaya hanya meliputi Sarawak memandangkan negeri lain tidak merekodkan banyak konflik dengan reptilia itu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment