Polis menahan sembilan lelaki warga Australia yang berkelakuan tidak senonoh dengan memakai seluar dalam bercorak bendera Jalur Gemilang ketika meraikan kemenangan pelumba dari negara itu, Daniel Ricciardo menjuarai perlumbaan Formula Satu Grand Prix (GP) di Litar Antarabangsa Sepang di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kesemua mereka berusia antara 25 hingga 29 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang sejurus perlumbaan itu berakhir kerana dikhuatiri boleh menimbulkan perkara yang tidak diingini.

“Sembilan warga Australia itu juga ditahan mengikut Seksyen 14 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai,” katanya ketika dihubungi media di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment