My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 4 October 2016

    Duterte Mohon Maaf Samakan Diri Dengan Hitler




    Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (gambar) memohon maaf kepada kaum Yahudi yang tersinggung dengan kata-katanya mengenai Adolf Hitler dalam perang beliau bagi menghapuskan dadah. 

    Duterte pada Jumaat lalu berkata, beliau sanggup membunuh lebih tiga juta penagih dan pengedar dadah serta menyatakan persamaan dirinya dengan Hitler yang membunuh orang Yahudi sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

    “Saya ingin jernihkan situasi, di sini dan sekarang, tidak ada niat pada pihak saya untuk meng­guris me­mori enam juta Yahudi yang dibunuh orang Jerman,” kata Duterte.

    “Ia bukan salah apa yang saya katakan, tetapi saya tidak mahu menyinggung perasaan. Kami tahu mengenainya. Jadi, saya memohon maaf kepada orang Yahudi,” katanya di sebuah pesta di tengah bandar Filipina kelmarin.

    “Saya kata akan membunuh tiga juta penagih dadah. Ia tidak ada kaitan de­ngan (Yahudi),” tambahnya. Pada Jumaat lalu, Presiden Filipina itu menyatakan pengkritik beliau mengelarnya sebagai ‘salah seorang sepupu’ mendiang Hitler.

    “Hitler telah membunuh tiga juta kaum Yahudi,” katanya dalam satu ucapan. “Sekarang, ada tiga juga penagih dadah (di Filipina). Saya berasa gembira untuk membunuh mereka. Hampir enam juta orang hilang dalam holokus, kebanyakannya Yahudi. “Sekurang-kurangnya Jerman ada Hitler, Filipina mungkin ada...” kata­nya sambil menuding jari ke arah diri sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Duterte Mohon Maaf Samakan Diri Dengan Hitler Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top