My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 7 October 2016

    Lori Sayur, Buah Terbabas, Terbalik Akibat Jalan Licin



    Sebuah lori sarat muatan sayur dan buah-buahan terbalik setelah terlibat dengan kemalangan kendiri, awal pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Mat Jusoh Muhamad berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 445 Jalan Betong/Sarikei/Meradong. 

    “Kejadian berlaku sekitar jam 1.30 pagi. Dipercayai ketika kejadian, lori berbabit sedang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Sibu untuk menghantar muatan.

    “Kemalangan dipercayai berlaku kerana keadaan jalan licin berikutan hujan lebat menyebabkan pemandu lori terbabit berusia 37 tahun tidak mampu mengawal lori dipandunya. Akibatnya, lori hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik. Segala muatan dibawanya turut bertaburan di tepi jalan,” katanya.

    Sungguhpun demikian, kata Mat Jusoh, pemandu dan kelindan lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. “Satu laporan polis telah dibuat oleh pemandu lori terbabit dan kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 10 LN 166/59,” ujar Mat Jusoh lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lori Sayur, Buah Terbabas, Terbalik Akibat Jalan Licin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top