My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 7 October 2016

    Syarikat Adik-Beradik Kaut Untung



    Pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion dipercayai memberikan kontrak kepada lebih 17 buah syarikat milik adik-beradik dan kroninya di negeri ini. 

    Sumber memaklumkan, syarikat-syarikat berkenaan dipercayai menerima projek infrastruktur di negeri ini bagi mengaut keuntungan luar biasa sehingga mencecah jutaan ringgit. Beliau berkata, timbalan pengarah jabatan tersebut yang turut ditahan SPRM pula disyaki memberikan projek-projek infrastruktur kepada 21 buah syarikat juga milik adik-beradiknya.

    “SPRM akan mengkaji semua dokumen berkaitan perolehan jabatan tersebut selain mengkaji pemilikan harta suspek secara meluas. Satu perintah pengisytiharan harta juga akan dikemukakan kepada suspek di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009,” kata sumber itu kepada media semalam. 

    Media semalam melaporkan SPRM merampas wang sebanyak RM112 juta daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini yang ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Syarikat Adik-Beradik Kaut Untung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top