Masih ingat nyanyian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sebuah bas bumbung terbuka pada Februari 2013, disaat negara sedang bersiap sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13? Dengan butir-butir lirik, Sabah bakal hilang, ianya pantas menimbulkan polemik politiknya yang tersendiri.

Setelah beberapa tahun sejak nyanyian Anwar itu berkumandang, beberapa hari lalu, politik Sabah dikejutkan dengan keluarnya beramai-ramai pemimpin-pemimpin PKR yang selama ini menjadi harapan Anwar untuk menawan Sabah.
Alasan yang diberikan oleh para pemimpin ini adalah, mereka sudah hilang rasa percaya terhadap kemampuan parti yang berteras serta diasaskan di Semenanjung untuk mentadbir negeri Sabah. Bagi mereka, Sabah perlu ditadbir oleh parti yang berteraskan Sabahan, bukan berteraskan idealogi dari Semenanjung.
Tiada siapa dalam PKR menyangka, gelojak yang disangka akan berlaku dalam UMNO rupanya berlaku dalam PKR negeri Sabah. Lebih melucukan, semua pemimpin pembangkang di Malaysia hari ini menunding jari terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang dikatakan punca kepada pergolakan politik pembangkang di Sabah.
Dakwa mereka, ada kemungkinan Shafie telah menaburkan wang yang banyak untuk "membeli" para pemimpin pembangkang di Sabah sehingga mengakibatkan PKR Sabah lumpuh. Namun begitu, tidak dipastikan, adakah benar dakwaan berkenaan kerana sehingga kini, Shafie masih belum mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung tuduhan berkenaan.

Benar, mereka adalah pemimpin yang sama selaku pembangkang di Sabah. Namun harus di ingat, Sabah dan Sarawak adalah dua buah negeri yang sentiasa menjadi penentu terhadap kemenangan sesebuah parti untuk membentuk kerajaan. Andai PKR dan pembangkang sendiri gagal untuk menawan Sabah, bagaimana mereka mahu mendakwa mampu menawan Malaysia secara keseluruhannya?
0 comments:
Post a Comment