My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 15 September 2018

    Apa Nasib Perjanjian MA63 Di Bawah Kerajaan Pakatan Harapan?



    Antara detik yang akan tersemat di dalam lipatan sejarah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah termetrainya perjanjian Persekutuan Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 sebelum diiktiraf di Malaysia pada 31 Julai 1963 dan diumumkan secara rasmi pada 16 September 1963.

    Inilah detik yang menyatukan Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu sebelum Singapura bertindak meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965 dan sekaligus mengisytiharkan diri mereka Republik Singapura.

    Selama bertahun-tahun ketiga-tiga buah wilayah ini menjaga dengan baik kerukunan perjanjian ini dengan tidak ada mana pihak mempertikaikannya. Namun, dalam tempoh 55 tahun, sudah tentu ada beberapa perkara yang berlaku terutama ada kemungkinan berlaku pengambilan hak secara sengaja atau tidak terutamanya dalam beberapa hak rakyat Sarawak dan Sabah.

    Menyedari akan hakikat inilah maka Allahyarham Pehin Seri Haji Adenan Satem memulakan langkah dengan menyemak semula perjanjian ini dengan kerajaan Persekutuan yang pada ketika itu di ketuai oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Langkah ini juga turut dituruti oleh Sabah yang mana, Tan Sri Musa Aman turut menjalinkan kerjasama dengan menyemak perjanjian ini bagi pihak Sabah.

    Apa yang menariknya, menerusi kerjasama erat antara Sarawak dan Sabah dengan kerajaan pusat, beberapa perkara dasar yang tertindih dan terambil secara sedar ataupun tidak terutamanya dari segi pendidikan, berjaya diselesaikan oleh ketiga-tiga tokoh ini dalam tempoh yang singkat.

    Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya apabila Allahyarham Pehin Seri Haji Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Mei 2016 yang menyaksikan Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg atau lebih dikenali sebagai Abang Joe mengambil alih tampuk pentadbiran di Sarawak.

    Walaupun berlaku perubahan pentadbiran di Sarawak, perbincangan mengenai hak-hak Sarawak dan Sabah masih terus berlangsung yang mana perbincangan memasuki fasa yang ada kritikal yang memerlukan kajian yang lebih teliti.

    Sekali lagi usaha ini terbejat apabila kerajaan Persekutuan Barisan Nasional ditumbangkan oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Menariknya, di dalam manifesto Pakatan Harapan, mereka turut menyelitkan satu janji dari 10 janji dalam tempoh 100 hari iaitu menyemak semula Perjanjian 1963.

    Namun, sehingga hari ini, tidak ada satu pun usaha kearah ini digerakkan oleh kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan walaupun sudah agak kerap pentadbiran Abang Joe menanyakan hal ini. Bagi Sabah pula, apabila Tan Sri Musa Aman ditumbangkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal, tiada lagi sebarang usaha untuk mengkaji semula perjanjian ini bagi pihak Sabah.

    Kini tinggallah Sarawak yang masih kekal kosisten yang mahu beberapa perkara di dalam perjanjian ini disemak semula. Agak menyedihkan juga sebenarnya apabila kerajaan Persekutuan hari ini seolah-olah tidak begitu berminat membincangkan perjanjian ini.

    Mereka jauh lebih berminat dengan hasil petroleum yang ada di bumi Sarawak sehingga mereka tergamak mengemukakan tawaran berbentuk "profit sharing" berbanding hak royalti 10 hingga 20 peratus yang diminta oleh kerajaan Sarawak. Maka disinilah timbul persoalan, apa nasib Perjanjian 1963 ini bagi pihak Sarawak setelah Sabah dilihat hanya mengikut telunjuk kerajaan Semenanjung berbanding memperjuangkan hak mereka sendiri?

    Dari apa yang dilihat, masing-masing cukup berhati-hati dalam perkara ini.Bagi pihak Sarawak, mereka masih menekankan betapa pentingnya perjanjian ini disemak semula dengan memulangkan semula hak royalti yang sepatutnya diperolehi oleh Sarawak. Paling utama, hak-hak sensitif Sarawak masih menjadi keutamaan demi membela nasib rakyat Sarawak.

    Bagi kerajaan Pakatan Harapan pula, keperluan untuk menyemak semula perjanjian ini bukanlah satu keutamaan.Sebaliknya, kerajaan lebih berminat melihat apa yang mampu Sarawaksumbangkan kepada kerajaan pusat tanpa ada sebarang jaminan imbalan seimbang dengan apa yang disumbangkan.

    Inilah yang menjadi persoalannya. Masih wujudkah usaha mahu mengkaji semula perjanjian ini dan sekaligus memulangkan hak-hak rakyat Sarawak yang selama ini telah terambil secara sedar ataupun tidak oleh kerajaan pusat? Adakah masih ada masa depan buat perjanjian ini terus dikekalkan atau akan ada usaha radikal dari Sarawak mahupun Sabah yang mahu perjanjian ini dtamatkan?

    Hanya masa yang menentukan kesemuanya...

    Selamat Hari Malaysia kali ke 55 buat warga Sabah dan Sarawak...
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Nasib Perjanjian MA63 Di Bawah Kerajaan Pakatan Harapan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top