Mungkin inilah yang dinamakan kemakmuran demokrasi. Ini kerana buat pertama kalinya di dalam satu-satu Pilihan Raya Kecil Parlimen, ianya akan menyaksikan 7 orang bertanding bagi merebut satu kerusi. Kerusi yang di maksudkan adalah Kerusi P132 Parlimen Port Dickson.
Mungkin pada awalnya, PKR menyangkakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mudah menawan kerusi ini sebaik sahaja penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatannya di kerusi ini. Namun, siapa sangka, beliau akan ditentang oleh 6 lagi nama yang mana tiga daripadanya sudah dikenali di dalam arus arena politik semasa.
Sudah tentunya, nama seperti Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon bebas kali ini, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar bakal mewakili PAS dan Saiful Bukhari Azlan, bekas setiauaha politik Datuk Seri Anwar dan menjadi punca buat beliau merengkok kedalam penjara untuk 5 tahun bakal menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Kecil kali ini.
Tiga nama lain yang akan bertanding sebagai calon bebas untuk Pilihan Raya Kecil P132 Port Dickson adalah Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kee Chee Yuen. Manakala seorang lagi calon bebas R Ammasi pula telah ditolak borang pencalonannya ata alasan teknikal.
Melihat akan senarai nama ini, secara amnya, kita dapat menjangkakan iklim panas berbahang bakal menyelubungi Parlimen Port Dickson. Ini kerana, pelbagai andaian dan spekulasi bakal timbul atas pertmbungan 7 pejuru ini. Tambahan pula, anak tempatan seperti Tan Sri Isa bakal menjadikan pertandingan ini jauh lebih sengit berbanding mana-mana kerusi di seluruh Malaysia.
Secara amnya, Datuk Seri Anwar selaku Presiden PKR dilihat tidak mempunyai masalah besar memenangi kerusi ini. Ini kerana PKR merupakan kerajaan hari ini dan beliau juga mempunyai kuasa penuh untuk menggerakkan jentera Pilihan Raya PKR membantunya memenangi kerusi ini.
Namun, jika diselusuri dengan lebih mendalam, peluang Datuk Seri Anwar memenangi kerusi ini sebenarnya cukup tipis. Ini kerana daripada 75,212 pengundi berdaftar untuk kerusi berkenaan, 42.35 peratus mewakili kaum Melayu, 33.81 peratus dari kaum Cina, 21.41 peratus dari kaum India dan selebihnya dari lain-lain kaum.
Melihat kepada senarai calon ini, 4 daripadanya adalah dari kaum Melayu. Ini bermakna, undi kaum Melayu terbahagi kepada 4 dan jika mungkin mandai mereka memilih calon yang mereka kehendaki, undi kaum Melayu masih tetap terbahagi kepada sekurang-kurangnya tiga.
Bagi kaum Cina dan India pula, pecahan undi kaum Cina tidak akan nampak ketara kerana mereka sudah tentu sudah memilih siapa calon yang mereka ingini.
Inilah kebimbangan paling besar buat Datuk Seri Anwar. Tambahan pula, beliau terpaksa berhadapan dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga bekas ADUN Teluk Kemang, Tan Sri Isa Samad. Tambahan pula, desas desus kuat bertiup kencang yang mendakwa Tan Sri Isa menerima tajaan penuh dari Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menumbangkan Anwar.
Lebih memburukkan keadaan apabila, Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden PPBM secara mengejut membubarkan PPBM Negeri Sembilan atas alasan masalah dalaman parti. Tindakan ini dilihat seolah-olah sengaja mensabotaj peluang Datuk Seri Anwar memenangi kerusi ini.
Apabila melihat kepada banyak faktor ini, sudah tentu, ianya bakal menimbulkan ketegang antara penyokong dan calon. Sudah tentu, kesemua calon ini akan cuba menjatuhkan lawan mereka antara satu sama lain. Keadaan ini akan memaksa para penyokong masing-masing menjadi agresif dan berkemungkin bakal wujud ketegangan juga agak tinggi.
Malah, ketika tinjauan rambang yang dilakukan penulis di Port Dickson semalam, ramai dikalangan pengundi berdaftar dikatakan enggan keluar mengundi pada 13 Oktober nanti. Ini bakal menyaksikan jumlah peratusan yang keluar mengundi bakal kurang seperti mana yang berlaku di Sri Setia, Balakong dan Sungai Kandis.
Apa yang pasti, baik Datuk Seri Anwar mahupun mana-mana calon termasuk Tan Sri Isa Samad amat menyedari, mereka harus melipat gandakan usaha untuk memenangi pilihan raya kecil ini. Paling nyata, Datuk Seri Awnar harus memikirkan pelbagai strategi berkesan untuk memenangi kerusi ini dan sekaligus menepati jangkaan ramai.
Awan panas akan menyelubungi Parlimen Port Dickson sehingga 13 Oktober kelak. Siapa yang mampu keluar dari bahang panas ini untuk menjadi Ahli Parlimen Port Dickson, maka dialah pemenangnya. Tapi untuk mencapai impian ini, bukannya mudah dan begitu banyak halangan bakal dibentangkan di hadapan mereka untuk mereka tempuh.
0 comments:
Post a Comment