My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 September 2018

    Mungkin Di Dalam Kementerian Kewangan Terdapat "Toyol" Atau...



    Belum pernah dalam sejarah pentadbiran Kementerian Kewangan, begitu banyak kesilapan berlaku yang akhirnya memakan diri sendiri. Sejak 127 hari membentuk kerajaan, ada sahaja perkara pelik berlaku yang menyaksikan, Lim Guan Eng teruk di hentam oleh netizen mahupun rakyat yang menyifatkan beliau tidak layak untuk menjadi Menteri Kewangan.

    Sebelum ini, beliau teruk dihentam akibat kesilapannya dalam membaca jumlah sebenar Rizab Negara termasuk hutang negara. Apa yang melucukan, dalam reaksi balasnya, Lim Guan Eng memberitahu, beliau tersilap titik perpuluhan semasa membaca laporan berkenaan.

    Tidak terhenti setakat itu, tindakannya yang "flip flop" dalam memperkatakan hutang negara juga telah mengakibatkan ramai dikalangan pelabur asing mula menjauhkan diri dari Malaysia. Majoriti pelabur ini hilang keyakinan terhadap dasar kewangan negara termasuk hilang keyakinan terhadap tadbir urus ekonomi Malaysia oleh pihak Kementerian Kewangan.

    Mengenai SST pula, memang amat menghairankan, seorang Menteri Kewangan tidak langsung menyedari apakah barangan yang dikenakan SST sehingga beliau melabelkan semua barangan keperluan asas termasuk barangan basah dikenakan SST. Beliau hanya memberitahu barangan mewah sahaja yang tidak dikenakan SST dan yang tebraru, plastik beras pula dikecualikan SST.

    Apa relevannya pengecualian SST terhadap plastik beras ini kepada rakyat berpendapatan sederhana dan miskin? Adakah beliau fikir rakyat berpendapatan sederhana ini memakan plastik beras dan bukannya beras itu sendiri?

    Antara yang mencuri tumpuan adalah persoalan, kemanakah hilangnya wang kutipan Tabung Harapan yang dilancarkan kononnya mahu melangsaikan hutang Malaysia? Jumlahnya bukan sedikit, mencecah angka RM 200 juta yang mana wang dari tabung ini hilang entah kemana sebaik sahaja pengumuman bahawa kutipan tabung ini dihentikan serta merta beberapa minggu lalu.

    Adakah di dalam Kementerian Kewangan terdapat toyol yang berlegar dan telah mencuri kesemua wang berkenaan? Andai ianya tidak hilang dan tidak dicuri, kemanakah wang berkenaan disalurkan kerana sehingga hari ini tidak ada walau satu pun pengumuman mengenai kemana wang berkenaan di belanjakan.

    Terbaru, Lim Guan Eng sekali lagi membuat satu lagi "lawak antarabangsa" apabila beliau secara terbuka menyifatkan Ringgit jauh lebih mengukuh berbanding era Barisan Nasional dahulu. Lebih hebat lagi, beliau kini bukan sahaja menjadi Menteri Kewangan Malaysia sebaliknya, beliau juga menjawat jawatan yang sama di Hong Kong menerusi tandatangannya di dalam kenyataan akhbar berkenaan.

    Mungkin kenyataan ini boleh membantu Lim Guan Eng memahami cara sebenar membaca kekuatan Ringgit di pasaran antarabangsa terutamanya jika dibandingkan dengan Dolar. Dalam tukaran asing, semakin kecil bacaan matawang berkenaan berbanding Dolar, semakin kukuhlah kewangan negara. Dalam kes ini, Ringgit sebenarnya berada pada kedudukan paling lemah dalam tempoh 2 tahun.

    Hari ini, USD 1 Dolar bersamaan dengan RM 4.15 berbanding RM 3.88 sekitar bulan April yang lalu. Adakah ini lambang kekuatan Ringgit berbanding Dolar?

    Agak menghairankan, bagaimana seorang pemegang sijil perakaunan seperti Lim Guan Eng yang hari ini menjawat jawatan Menteri Kewangan, boleh terkhilaf dalam mebaca kedudukan Ringgit. Adakah sijil yang diperolehinya ini adalah sijil yang melayakkannya menjadi Menteri Kewangan atau beliau hanya bercakap ikut sedap mulutnya sahaja.

    Mungkin juga, beliau kini terlalu sibuk menjadi Menteri Kewangan bagi dua buah negara, Malaysia dan Hong Kong. Kesibukan inilah yang menjadikan beliau kerap kali tersilap dalam banyak perkara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mungkin Di Dalam Kementerian Kewangan Terdapat "Toyol" Atau... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top