My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 September 2018

    Luconia Shoals Diiktiraf Taman Negara Marin Terbesar Di Malaysia




    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Luconia Shoals diwartakan sebagai Taman Negara Marin terbesar di Malaysia. Beliau dalam ucapannya berkata, taman negara itu mempunyai keluasan 163 hingga 180 kilometer dari utara ke selatan kawasan ini. 

    "Kedudukannya yang terletak di Laut China Selatan, wilayah perairan Sarawak dan berada di bawah zon eksklusif ekonomi membolehkan kita mewartakan kawasan ini sebagai taman negara terbesar. Kawasan ini kaya dengan batu karang dan pada waktu surut, pengunjung boleh melihat batu-batu karang yang cantik," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

    Terdahulu, beliau melancarkan sistem solar berpusat di Taman Negara Talang Satang, Sematan di sini. Sistem solar berpusat itu dilaksanakan hasil perjanjian persefahaman antara SEB dan SFC pada 2016 untuk menggalakkan program konservasi penyu dan mempromosikan eko-pelancongan.

    Projek bernilai RM1.5 juta itu membekalkan 21 kilowatpeak (kWp) kepada Taman Negara Tanjung Datu, 10.7kWp di Pulau Talang-Talang Besar dan 7kWp untuk Pulau Talang-Talang Kecil.

    Dalam pada itu, Abang Johari memberitahu, kawasan tersebut juga mempunyai lokasi minyak dan gas, namun belum ada cadangan untuk menjalankan kerja-kerja mencari gali. Katanya, ini berikutan, kerajaan negeri mahu mewartakan dulu kawasan ini sebagai taman negara sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.

    "Kerajaan negeri akan pertahankan aset ini dan tidak mahu sewenang-wenangnya dituntut orang luar kerana ia memang terletak dalam zon ekonomi negeri ini," ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Luconia Shoals Diiktiraf Taman Negara Marin Terbesar Di Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top