Sejak negara mengecapi kemerdekaan, tidak pernah lagi negara ditadbir oleh keluarga-keluarga besar politik secara serentak. Sebaliknya, negara ditadbir oleh mereka yang dipilih secara demokrasi di dalam parti dan seterusnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
Bagi seseorang Perdana Menteri, sejak zaman ALmarhum Tunku Abdul Rahman sehinggalah Datuk Seri Mohd Najib, para menteri kabinet mahupun majoriti Ahli Parlimen dan ADUN juga dipilih menerusi kata sepakat akar umbi yang memilih dan mengangkat mereka yag difikirkan layak untuk menguasai sesebuah kerusi Parlimen mahupun DUN.
Hari ini, keadaan dan amalan tradisi ini sudah berjaya dipecahkan. Samada kita sedar ataupun tidak, Parlimen Malaysia hari ini dikuasai oleh 4 keluarga utama yang mana secara amnya, merekalah yang menguasai beberapa kerusi menteri kabinet, Menteri Besar mahupun diangkat sebagai senator di Dewan Negara.
Baiklah, mari kita lihat senarai keluarga-keluarga ini yang hari ini menguasai segenap ceruk pentadbiran Malaysia.
1. Keluarga Tun Dr Mahathir
Siapa sangka, pada usia 93 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh menerusi kemenangan di Parlimen Langkawi dengan menggunakan tiket PKR. Langkah beliau ini dituruti oleh anak kesayangan beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berjaya memenangi kerusi DUN Jitra dan Parlimen Jerlun.
Menariknya, Mukhriz juga kini menjadi Menteri Besar Kedah untuk kali kedua dalam tempoh 5 tahun, pencapaian yang hampir sama dengan bapanya.
Apa yang menarik, setiap kali Sidang Parlimen diadakan, kita akan dapat lihat gandingan anak beranak ini ada di Parlimen yang mana kedua-duanya mewakili Parlimen di negeri Kedah. Malah, diberitakan, cucu saudara Tun Dr Mahathir sendiri turut diangkat sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri berkuat kuasa awal bulan yang lalu.
2. Keluarga Lim
Lim Kit Siang adalah satu nama yang cukup lama berada di dalam sistem politik negara yang mana beliau boleh dikatakan tidak pernah gagal memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya. Hari ini, beliau masih lagi memegang kerusi Parlimen Gelang Patah yang mana kariernya ini turut diikuti oleh anak kesayangannya, Lim Guan Eng yang mempertahankan kerusi Parlimen Bagan dan DUN Air Putih.
Menariknya, anak saudara Lim Guan Eng seperti Nga Kor Ming (Parlimen Teluk Intan), Teresa Kok (Parlimen Seputeh), Tony Pua (Parlimen Damansara) turut berada di dalam sidang Parlimen kali ini. Ini menjadikan keluarga Lim mempunyai wakil teramai di dalam sidang Parlimen kali ini.
Hari ini, Lim Guan Eng telah menjadi Menteri Kewangan, satu-satunya Menteri Kewangan yang bukan dari keturunan Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan. Malah, turut dikhabarkan, beberapa orang anak Lim Kit Siang juga turut dilantik sebagai senator di dalam Dewan Negara.
3. Keluarga Singh
Seandainya mediang Karpal Singh masih hidup, beliau pastinya berbangga dengan pencapaian yang di perolehi oleh anak-anaknya iaitu, Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh dan Jagdeep Singh Deo.
Manakan tidak, Gobind Singh yang berjaya memenangi kerusi Parlimen Puchong hari ini telah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Jagdeep Singh pula kini menjadi Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar dan Wilayah untuk negeri Pulau Pinang setelah berjaya mengekalkan kerusi DUN Dato Keramat, Pulau Pinang.
Seorang lagi anaknya, Ram Karpal Singh pula masih mengekalkan kerusi tradisi milik mediang iaitu Parlimen Bukit Gelugor. Seandainya ada Sidang Parlimen, Gobind akan bersama-sama Ram Karpal Singh bergandingan di pihak kerajaan.
4. Keluarga Anwar Ibrahim
Sejak tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak pernah walau sekalipun Parlimen Malaysia tidak diwakili oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Samada isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mahupun anaknya, Nurul Izzah Anwar, kedua-duanya pasti akan menjadi wakil tetap keluarga Anwar dalam mana-mana Sidang Parlimen.
Setelah berjaya membentuk kerajaan, keluarga Anwar kini kekal diwakili oleh Datin Seri Wan Azizah menerusi kerusi Parlimen Pandan dan anaknya, Nurul Izzah Anwar di kerusi tradisi keluarga ini di Parlimen Permatang Pauh.
Terbaru, dalam laluan menempatkan dirinya sebagai Ahli Parlimen, Datuk Seri Anwar bakal bertanding di kerusi P132 Port Dickson, kerusi yang lain dari Permatang Pauh. Melihat kepada keadaan semasa hari ini, tidak ada halangan yang cukup besar yang bakal ditempuhi oleh Datuk Seri Anwar untuk menawan kerusi Parlimen Port Dickson sebaik sahaja beliau mendapat pengampunan penuh pada bulan Mei lalu.
Seandainya berlaku, lengkaplah penguasaan keluarga Anwar di Parlimen dengan isterinya kini merupakan Timbalan Perdana Menteri dan anaknya Nurul Izzah Anwar kekal menjaga kerusi tradisi keluarga ini di Permatang Pauh.
0 comments:
Post a Comment