My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 September 2018

    Orang Utan Borneo Betina Mati Ditembak



    Seekor Orang utan Borneo (pongo pygmaeus morio) menemui ajal dalam keadaan menyayat hati dengan beberapa kesan tembakan dipercayai ditembak pemburu haram di Sungai Kinabatangan, Kinabatangan kelmarin.

    Orang utan betina berusia 30 tahun itu ditemui di dalam sungai terbabit kira-kira pukul 9 pagi sebelum ia dibawa untuk tindakan lanjut.

    Pegawai Perhubungan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Siti Nur'Ain Ampuan Acheh berkata, operasi mencari bangkai haiwan itu segera dijalankan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan mengenai seekor orang utan dijumpai dibunuh sebelum hanyut di dalam Sungai Kinabatangan.

    "Hasil bedah siasat mendapati terdapat tiga kesan luka pada bahagian bahu, perut dan kaki termasuk tiga butir serpihan peluru ditemui di dalam badan.

    "Pihak kami tidak menolak kemungkinan bahawa orang utan ini mati disebabkan pendarahan dalaman yang teruk akibat ditembak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Tambah Siti Nur'Ain Ampuan, susulan insiden tersebut pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah bertindak membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1) Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997 atas kesalahan memburu binatang terlindung.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Orang Utan Borneo Betina Mati Ditembak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top