My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 September 2018

    Wanita Maut Dikelar Anak Sepupu



    WANITA ditemui mati dipercayai dikelar anak lelaki sepupunya dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Kampung Sinallang Look, Semporna, hari ini. 

    Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Bunga Hailah Samaullah, 59, ditemui mati di hadapan pintu di ruang tamu rumah dengan kesan kelar di leher dan luka di tangan kiri. Turut cedera dalam kejadian itu ialah suami mangsa, Abdol Lawas Mosin, 60, serta seorang wanita berumur 26 tahun dikenali Siti Madinah Moden yang juga sepupu suspek.

    Difahamkan, suspek disyaki mengalami sakit mental dan pernah dirawat di Hospital Mesra di Bukit Padang, Kota Kinabalu, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Anak Umbuas, berkata ketika kejadian suspek mengelar leher mangsa menggunakan parang sebelum turun dari rumah dan menetak dua lagi mangsa lalu melarikan diri.

    “Suspek ditangkap di kawasan bakau kira-kira 200 meter di belakang tempat kejadian. Suspek berumur 20 tahun cedera akibat bergelut dengan mangsa dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.

    “Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Semporna untuk diberikan rawatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Peter berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wanita Maut Dikelar Anak Sepupu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top